Sensasi

Takziah Diucapkan...Dugaan Buat Raja Farah, Alami Pendarahan Disahkan Keguguran Semalam

Takziah Diucapkan...Dugaan Buat Raja Farah, Disahkan Keguguran Semalam


Pelakon Raja Farah menerima berita yang menduka citakan apabila mengesahkan dirinya mengalami keguguran semalam.

Perkara berkenaan telah disedari Raja Farah selepas berbuka puasa semalam dengan usia kandungan berusia dua bulan.

Selepas disahkan gugurm Raja Farah amat bersedih dan sudah tidak terlalu memikirkan tentang hari raya.


Ini komennya:

“Emosi saya memang tidak stabil ketika berdepan ujian berkenaan. Kini saya berusaha mendapatkan semula semangat yang hilang. Maklum saja, inilah pengalaman pertama saya berdepan kesedihan sedemikian. Jika diikutkan, sejak awal kehamilan lagi saya mengalami pendarahan tanpa henti”

“Doktor turut memaklumkan, saya mungkin berdepan keguguran menerusi kehamilan kedua ini. Boleh dikatakan, saya juga seperti sudah bersedia sebenarnya. Cuma, tidak sangka pula saya mengalaminya pada ketika kita semua hendak menyambut sambutan Hari Raya tak lama lagi”

“Malam tadi, sejurus mendapat tahu keguguran, saya terpaksa menutup gerai jualan lebih awal. Selepas menghubungi doktor, beliau menyarankan saya ke hospital di Petaling Jaya untuk mendapatkan rawatan,” 


Walaupun menerima takdir dan ketentuan Allah, Raja Farah masih dalam proses bersedih.

Apapun, semoga Raja Farah dan suami tabah dan kuat menghadapi dugaan ini.

Sumber: BH

Sumber: beritamemey


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.