PUTRAJAYA - Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan selepas motosikal yang ditunggang mereka dilanggar dan diseret sebuah kereta pacuan empat roda di lebuh raya MEX, menghala ke Putrajaya.
Muhammad Jabrullah dan isterinya Nur E'ezati yang merupakan kakitangan KPJ Tawakkal maut dalam kemalangan itu pada petang semalam.
Difahamkan, pasangan ini baru saja mendirikan rumahtangga September tahun lalu dan si isteri dikhabar sedang hamil anak sulung mereka.
Dalam kejadian petang semalam, motosikal yang dinaiki pasangan itu dilanggar dan diseret sejauh 100 meter oleh sebuah kereta pacuan empat roda, Toyota Hilux.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku kerana pemandu wanita berkenaan tertidur dan tidak menyedari motosikal pasangan itu yang diseretnya sejauh 100 meter.
Menurut rakan mangsa, Aishah, jenazah pasangan itu telah dibawa ke Kedah dan dikebumikan di kampung mereka.
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :