Sensasi

'Setelah 122 hari saya disamun, tiada pembelaan yang diterima' - mangsa


SUBANG JAYA - 20 Februari 2017, seorang lelaki yang juga pemilik kedai DSLRshop.my telah disamun rakannya bersama tujuh lagi individu lain.

Dalam kejadian di SS15, Subang Jaya, mangsa, Nukman Muqarrin, telah diacu dengan pisau dan kerambit oleh suspek yang dikenalinya berasal dari Banting itu, sebelum beberapa barangan berharga miliknya disamun. 

Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami kerugian RM53,920, antara barangan yang disamun ialah wang tunai RM11,000, Canon 5D Mark II, Canon 70-300L, 6 unit iPhone, Macbook Pro, Honda Jazz GK, iPad Pro, Samsung Note 5. 

Dalam tempoh 24 jam, kesemua suspek berjaya diberkas di sebuah rumah di Kuala Selangor. 

Hasil penangkapan itu, kereta mangsa berjaya ditemui semula di ladang kelapa sawit, Banting. Wang tunai dari RM11,000, cuma RM300 sahaja yang ditemui dan hanya sebahagian barang samun yang dijumpai semula.

Bagaimanapun, mangsa mendakwa kesnya seperti tidak disiasat dengan betul 

"Seminggu sebelum perbicaraan, sikit demi sedikit 'kecacatan' kes ini terkeluar. Daripada tujuh suspek, hanya dua suspek sahaja yang akan didakwa. Manakala kes culik tidak disebut.

"Barang-barang bukti diserahkan kepada saya sebelum perbicaraan. Bukti cap jari musnah dan banyak lagi," tulisnya di Facebook. 

Menurut Nukman, tiga hari sebelum perbicaraan, keluarga suspek utama mengajaknya untuk berjumpa untuk rundingan selesaikan kes di luar mahkamah. Pihak keluarga suspek utama itu juga menawarkan RM1,000 dan mohon Nukman memaafkan anak lelaki mereka itu. Namun permintaan itu ditolak dan Nukman tetap mahu meneruskan kes itu di mahkamah.

Dakwa Nukman, pegawai yang bertanggungjawab menyiasat kes itu didakwanya cuba membuang kes tersebut dengan menyerahkan barang bukit kepadanya. 




"Selain cuba membuang kes, individu itu juga telah memalsukan tandangan saya di dokumen kawad cam, agar saya tidak hadir ke mahkamah," tulisnya. 

Sepanjang dua hari (15-16 Jun 2017) perbicaraan, banyak masalah yang timbul seperti bukan semua suspek yang hadir serentak ke mahkamah menyebabkan kes ditunda ke bulan Ogos. 

"Selepas semua ini terungkai, tiada sebarang perkembangan terkini dari pihak polis yang dimaklumkan kepada saya.Seolah-olah kes samun saya ini sama seperti sampah. 













"Sejak dari hari perbicaraan ditunda, hampir setiap hari saya diekori oleh beberapa individu ke mana sahaja. Dua hari lalu, dua unit kereta peronda masuk ke kawasan rumah saya dan memeriksa kenderaan saya. Nak cari apa?" tulisnya. 

Justeru, Nukman meminta pihak Polis Diraja Malaysia membaca surat terbukanya itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantunya mendapatkan keadilan di atas kes disamun rakan sendiri. 


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.