Ada yang menularkan berkenaan dengan mandi tepung yang dikatakan boleh merawat bayi yang asyik menangis waktu malam dan tak nak minum susu. Anda boleh baca perkongsian itu dibawah. Tetapi ia menjadi tanda tanya sama ada ia benar ataupun tidak mampu merawat masalah tersebut
Assalamualikum..Nak share mkin kita x th kenapa baby kita asyik nangis tiap2 mlm atau x nk minum susu…mkin ini adalah…
Posted by Wan Wanjr on 30hb Mac 2016
Pertamanya saya nak komen apa yang terjadi pada bayi, kenapa ada bintik-bintik hitam dan sebagainya.
Perlu kita ketahui bahawa ketika bayi membesar, kulit bayi akan mengalami proses ‘kematangan kulit’. Pada ketika itu, sel pada kulit bayi akan banyak disebabkan pembahagian sel yang aktif untuk mematangankan kulit. Manakala, lapisan yang paling atas yang dikenali sebagai startum corneum dan terdiri daripada kulit mati akan cepat menebal. Lapisan yang atas stratum corenum yang mempunyai banyak kulit mati ini akan tercabut dengan sendirinya.
Apa kena mengena dengan kulit bayi yang mempunyai tompok-tompok hitam tu?
Bila air dikenakan pada kulit bayi dan digosok, lapisan atas stratum corneum itu akan tercabut dan terkumpul menjadi warna hitam sama seperti di dalam gambar di atas. Ia bukan disebabkan anak itu bermasalah, ia hanyalah sel kulit mati yang tercabut disebabkan aktiviti menggosok. Sama seperti daki pada badan
Keadaan ini boleh kita buat jugak kalau kita selalu tak sabun ketika mandi. Sebab sel kulit mati tidak akan tercabut kalau kita mandi macam tu sahaja.
Macam mana pulak dengan bulu yang berwarna putih tu?
Ada dua penjelasan yang mungkin kita boleh katakan
1) Itu merupakan bulu roma bayi tersebut. Disebabkan ia menggunakan tepung + sedikit air, menyebabkan ia likat dan juga melekat kepada bulu roma tersebut
2) Penggunaan tepung juga akan menyebabkan ia likat dan bergumpal, apabila kita gosok-gosok pada kulit ataupun sesuatu permukaan ia akan menjadi butiran-butiran kecil sama seperti di dalam gambar di atas.
Ia bukanlah bulu yang tiba-tiba boleh keluar dengan panjangnya selepas kita menggunakan tepung. Kerana pemanjangan bulu roma tidak makan masa beberapa minit. Ia akan makan masa berhari-hari untuk panjang seperti itu.
Cukur bulu
Dalam post berkenaan juga ada menyatakan tentang perlunya cukur bulu lepas mandi tepung. Perlu diketahui bahawa bulu roma pun ada kegunaannya. Salah satu kegunaannya adalah untuk mengelakkan hilangnya haba daripada badan. Perasaan tak jika kita sejuk bulu roma kita akan berdiri?
Ia merupakan salah satu mekanisma badan untuk mengekalkan suhu di dalam badan. Dengan berdirinya bulu roma, haba akan terperangkap pada bahagian kulit dan suhu badan pun tidak akan menurun.
Bagaimana pula menangis malam?
Ia mempunyai pelbagai sebab seperti sakit perut, lapar, menginginkan perhatian dan banyak lagi. Tetapi jika seseorang bayi itu menangis berterusan berjam-jam lama, wajib untuk dibawa ke hospital. Ini kerana kita risau ada penyakit yang serius seperti meningitis, encephalitis dan juga penyakit-penyakit yang lain. Kami akan cuba menulis tentang bayi yang menangis waktu malam.
Rujukan:
1. Teresa Oranges, Valentina Dini, and Marco Romanelli. Skin Physiology of the Neonate and Infant: Clinical Implications. Adv Wound Care (New Rochelle). 2015 Oct 1; 4(10): 587–595. doi: 10.1089/wound.2015.0642
Sumber: RootOfSience
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :