RootOfSience

Kucing Heterochromia

Jika anda pernah melihat kucing putih yang mempunyai sebelah mata berwarna lain dari yang sebelah lagi, ketahuilah anda adalah orang yang beruntung. Kucing begini adalah salah satu keunikan genetic yang jarang berlaku.

Related image

Keunikan mata yang berlainan warna ini tidak hanya berlaku pada kucing, ia juga berlaku pada mamalia lain termasuk manusia. Fenomena ini dipanggil heterochromia (heterochromia iridum).

Warna mata ditentukan oleh pengekspresan gen untuk pigmen melanin sel-sel iris. Heterochromia lengkap (complete heterochromia)metujuk kepada sebelah mata yang berlainan warna dan sebelah lagi memiliki warna yang berlainan. Ada juga keadaan dimana anak mata mempunyai dua spektrum warna yang berbeza, ini digelar heterochromia tidak lengkap (sectoral heterochromia). Kadang-kala ia kelihatan seperti mata mempunyai bintik-bintik warna lain.

Related image

Artikel ini hanya akan membincangkan tentang fenomena heterochromia pada kucing. Kejadian unik ini walaupun terlihat sama pada manusia, penjelasan gebetiknya lebih kompleks da nagak berbeza. Jadi, janganlah samakan saudara atau sahabat handai yang memiliki mata cantik ini seperti kucing ya?!

GEN YANG TERLIBAT DENGAN ALBINISM, DOMINAN PUTIH DAN BELANG PUTIH (WHITE SPOTTING)

Selain dari gen penentuan oren, hitam yang dibincangkan disini. Warna dan corak bulu kucing juga ditentukan oleh gen-gen yang mengaruh bulu berwarna putih. Ada beberapa gen yang terlibat untuk penentuan warna putih ini sahaja.

Gen C yang mengekodkan enzim tyrosinase:

Penghasilan pigmen oleh sel melanocyte yang menghasilkan warna pada kulit dan rerambut (bulu) memerlukan enzim tyrosinase. Kita boleh mengkaji tentangnya disini. Tanpa enzim ini, sebarang pigmen hitam atau oren tidak akan dapat dihasilkan. Gen yang mengekodkan enzim ini adalah bersifat dominan.

  • Kucing yang mempunyai gen C,C (homozigus dominan) akan berbulu hitam, oren (bergantung pada gen hitam oren yang dimiliki)
  • Kucing yang mempunyai gen C,c (heterozigus) juga sama seperti kemungkinan diatas
  • Kucing yang mempunyai gen c,c (homozigus resesif) akan mengalami kondisi albino. Bulu berwarna putih seindah salju.

Image result for albino cats

Kucing albino

Gen White-masking:

Kucing yang mempunyai gen mutasi ini akan kehilangan upaya pada pembahagian sel penghasil pigmen melanocyte. Gen ini juga bersifat dominan. Jadi, kucing yang mewarisi gen W,W dan W,w akan mempunyai bulu berwarna putih. Hanya kucing yang mempunyai gen w,w sahaja akan mempunyai bulu selain putih.

Image result for white masking gene

Contoh epistasis dominan pada tumbuhan

Menariknya, gen ini bersifat ‘epistatic dominant’. Walaupun kucing tersebut mewarisi genetic untuk bulu berwarna hitam atau oren, jika kucing tersebut juga memiliki gen W,W atau W,w, kucing tetap akan memiliki bulu berwarna putih. Ia seperti program yang mampu ‘override’ gen bulu warna lain!

Gen white-spotting atau piebald-spotting:

Gen yang sangat menarik ini memberikan variasi yang pelbagai pada corak bulu kucing. Kadar ia diekspreskan berbeza-beza bagi menentukan kawasan dan jenis serta corak putih yang terdapat pada tubuh kucing tersebut. Kucing dengan gen S,S contohnya akan mempunyai corak putih yang lebih banyak dari kucing yang mempunyai gen S,s.

Related image

Kucing calico (berbulu oren, hitam, putih) dengan mata heterochromia

Jika gen ini diekspreskan bersama kucing yang mempunyai gen XB,Xb yang menyebabkan kucing ini berbulu tortoiseshell (seperti yang dibincangkan disini), ia akan menambahkan lagi keunikan kucing ini dengan penambahan tompok-tompok putih. Kucing tortoiseshell dengan tompok putih ini digelar ‘calico’.

KEADAAN HETEROCHROMIA

Sekarang, apa kaitan gen-gen bulu putih ini dengan heterochromia?

Gen yang menentukan pigmen pada bulu ini juga menentukan pigmen pada warna mata juga. Jadi pengekspresan gen ini adalah penting bagi menentukan warna mata yang akan dimiliki oleh si comel anda.

Image result for turkish angora

Keadaan heterochromia berlaku apabila gen yang menentukan keadaan kekurangan pigmen (yang menyebabkan bulu putih) juga diekspreskan pada mata. Tetapi, sebelah mata mengalami kadar pengekspresan gen yang berbeza berbanding yang sebelah lagi. Keadaan ini berlaku ketika pembahagian sel pada peringkat embryogenesis lagi. Ia amat jarang berlaku.

ADAKAH BENAR KUCING YANG MEMPUNYAI HETEROCHROMIA SELALUNYA PEKAK?

Kucing heterochromia dikatakan mempunyai kondisi pekak pada salah satu telinga mereka. Kenyataan ini tidaklah begitu tepat kerana 60-80% kucing heterochromia mempunyai pendengaran yang normal. Namun, kucing putih yang mempunyai kondisi heterochromia mempunyai insiden yang tinggi dilahirkan pekak. Insiden kelahiran pekak atau degenerasi pendengaran (pekak setelah dilahirkan kerana kerosakan organ pendengaran secara perlahan-lahan) ini menurun jika kucing heterochromia mempunyai corak atau warna bulu selain putih.

Image result for odd eyed calico cat

Menarik bukan?

Jika anda memiliki kucing yang mempunyai mata seperti ini, berbanggalah! Anda memiliki salah satu makhluk dengan kondisi genetik yang amat istimewa. Hargai kucing-kucing disekeliling kita. Ia banyak mengajar manusia tentang keistimewaan dan keunikan genetik di muka bumi.

Benarlah seperti firman Tuhan dalam sebahagian ayat Surah Fatir (35:1) ‘… Dia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya’

 

RUJUKAN

Eggermont JJ. Hearing Loss: Causes, Prevention, and Treatment. Academic Press; 2017 Feb 22.

Introduction to Genetic Analysis by Griffiths et al. 9th ed. (2008)

 

 

 


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.