RootOfSience

Betul ke minum kicap anak jadi hitam ataupun minum soya anak jadi putih?

“Jangan makan banyak sangat kicap tu. Nanti anak yang dikandung tu jadi gelap”, kata2 seorang ibu kepada anaknya yg sedang mengandung.

Ini merupakan salah satu tips orang terdahulu yang dikatakan boleh mengelakkan anak mendapat kulit yg gelap.

Malah ada yg menyatakan, air kacang soya yang putih boleh membuatkan anak menjadi putih jika selalu meminumnya ketika mengandung.

IRONINYA, KEDUA-DUA BAHAN TERSEBUT IAITU KICAP DAN AIR KACANG SOYA INI BERASAL DRPD TUMBUHAN YANG SAMA IAITU SOYA.

Persoalannya disini, adakah benar dgn memakan ataupun meminum bahan yg mempunyai warna gelap dan putih itu akan mempengaruhi warna kulit kanak-kanak?

Kecerahan kulit sebenarnya bergantung kepada genetik

Disini kami ingin menyatakan beberapa fakta.
1. Warna makanan yg diambil tidak akan mempengaruhi warna kulit pada bayi. Ini kerana sistem penghadaman di dalam badan tidaklah bersambung dgn rahim. Makanan yg dimakan akan dicernakan di dalam sistem penghadaman dan di serap ke dalam badan.

Molekul yg sudah tercerna inilah yg akan diberikan kepada bayi melalui uri(placenta). Penggunaan molekul tersebut tidaklah akan mempengaruhi warna kulit

2. Warna kulit yang gelap adalah disebabkan kehadiran kompaun melanin yg terhasil drpd sel melanocytes. Ada sesetengah orang yg mempunyai masalah dalam penghasilan kompoun ini dan kulit mereka akan kelihatan sangat putih. Bukan setakat itu, rambut dan kening mereka juga akan kelihatan putih disebabkan kompaun melanin juga banyak pada tempat tersebut. Mereka yang ada masalah ini dikatakan mempunyai penyakit ‘Albino’.

Melanin merupakan kompaun yang dihasilkan oleh melanocytes yang menyebabkan kulit menjadi gelap

3. Kuantiti kompaun melanin yg dihasilkan inilah yg akan menentukan kecerahan dan gelapnya kulit seseorang. Dan perkara ini bergantung kepada genetik.

Sebagai tambahan, warna kulit diperturunkan kepada anak kita melalui ‘polygenic inheritence’. Bermaksud ada beberapa ‘gene’ pada baka kita yg terlibat dalam warna kulit. Berlainan pula bagi jenis darah. Ia hanya melibatkan sepasang ‘gene’. Iaitu satu drpd ayah dan satu lagi drpd ibu.

Kita bagi contoh.

A mewakili gene yg akan menyebabkan kulit GELAP

a mewakili gene yg akan menyebabkan kulit CERAH

Seorang rakyat afrika mempunyai kulit warna yg sangat gelap:
Kita anggap semuanya genenya adalah mewakili gelap iaitu
AA AA AA

Saya tulis AA tu secara berpasangan disebabkan satu gene drpd ayah dan satu lagi gene drpd ibu.
Ada 3 pasangan disebabkan ‘polygenic inheritence’ seperti yg saya terangkan di atas.

Dia kahwin dgn perempuan eropah yg sangat cerah:
Kita anggap semuanya gene warna kulitnya mewakili yg cerah sahaja:
aa aa aa

Anak yg akan terhasil akan mempunyai warna kulit di antara cerah dan gelap. Maksudnya tidak terlampau cerah ataupun gelap disebabkan genetik anaknya telah bercampur iaitu: Aa Aa Aa

Carta yang menunjukkan genetik warna kulit

Oleh itu, penyelesaian sebenar untuk mendapatkan anak yg putih adalah berkahwin dgn orang yg mempunyai kulit yg putih.

Tetapi diingatkan yang hitam itu juga manis.

Harap artikel ini bermanfaat


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.