Badan manusia menguraikan gula dengan cara yang berbeza. Sebagai mana yang kita tahu, terdapat pelbagai jenis gula. Gula yang selalu digunakan oleh kita adalah sukrosa yang terdiri daripada unit asas glukosa dan fruktosa.
Secara mudahnya untuk kita faham jika glukosa dikombinasikan dengan fruktosa ia akan menjadi satu kompaun yang lain iaitu sukrosa.
Sukrosa merupakan satu jenis gula yang kita selalu gunakan iaitu gula putih yang asalnnya daripada tebu. Apabila gula sukrosa masuk ke dalam saluran pencernaan, ia akan diuraikan menjadi glukosa dan juga fruktosa.
Ketika di dalam badan, glukosa mampu digunakan oleh semua jenis sel di dalam badan
Tetapi bagi gula fruktosa hanya satu jenis sel sahaja yang boleh menggunakan dan menguraikannya iaitu sel hati.
Perkara yang dilakukan oleh hati ketika mana penguraian fruktosa hanya mendatangkan komplikasi kepada hati, jantung dan saluran darah
Fruktosa juga dikenali sebagai gula buah(fruit sugar) dan pada awal 1900an, kebanyakkan orang amerika mengambil 15g fruktosa dalam sehari dengan pengambilan buah-buahan. Pada hari ini pula, jumlah tersebut telah berganda sehingga 4 ke 5 kali ganda. Ia banyak digunakan di dalam pastri, air berkarbonat, jus buah dan banyak lagi jenis makanan
Daripada fruktosa kepada lemak
Kemasukan fruktosa kedalam hati akan memulakan satu reaksi kimia yang kompleks. Daripada fruktosa inilah ia akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati. Proses ini dikenali sebagai ‘lipogenesis’. Pengambilan gula fruktosa yang berlebihan akan menyebabkan pengumpulan lemak di dalam hati.
Berbanding dengan glukosa, glukosa masih lagi boleh dimetabolisma oleh sel-sel daripada organ lain. Oleh itu, ia tidak akan membebankan hati kerana sel-sel lain mampu menguraikan glukosa malah mengurangkan beban hati.
Manakala, kehadiran fruktosa hanya akan membebankan hati kerana sel hati sahaja yang mampu menguraikan gula tersebut. Tetapi keselaluannya fruktosa akan ditukarkan kepada lemak di hati.
Jika seseorang itu baru sahaja mempunyai pengumpulan lemak di dalam hati, ia masih lagi boleh balik semula kepada keadaan asal jika langkah berjaga-jaga seperti mengurangkan pengambilan gula fruktosa. Tetapi setelah sampai suatu tahap, hati boleh mengalami keradangan. Jika keradangan itu semakin teruk, majoriti sel hati boleh mati dan digantikan dengan parut pada hati tersebut. Perkara ini akan menyebabkan kegagalan fungsi hati.
Hati rosak disebabkan lemak yang terkumpul dan ianya sama seperti yang berlaku di dalam pesakit yang mengambil alkohol secara kronik
Tetapi selalunya pesakit akan mati dahulu disebabkan sakit jantung ataupun stroke sebelum kerosakkan hati itu berlaku.
Gambar dibawah menunjukkan sel hati yang mempunyai lemak. Gambar ini sama sahaja di dalam pesakit yang mengambil alcohol secara kronik
Selain daripada itu, ia juga mampu memberi kesan kepada perkara lain:
1) Menambahkan bacaan lemak(triglyeride) dalam darah
2) Meningkatkan bacaan cholesterol jahat dalam darah
3) Menyebabkan pengumpulan lemak pada organ
4) Menyebabkan fungsi insulin terencat. Ini boleh menyebabkan kencing manis
5) Ia juga akan menyebabkan peningkatan radikal bebas yang menyebabkan keradangan di dalam saluran darah. Keradangan yang tidak terkawal akan menyebabkan pengumpulan kolesterol pada saluran darah.
Bagaimana fruktosa menyebabkan kehadiran radikal bebas.
Apabila penguraian glukose berlaku ia akan menghasilkan sebanyak 2 kompaun tenaga yang dipanggil sebagai Adenosine triphosphate(ATP). Molekul tenaga inilah yang akan menolong sel badan menjalankan fungsinya, seperti penghasilan protein, pergerakkan molekul diantara sel, penghasilan DNA dan banyak lagi. Salah satu fungsi penting ATP adalah membantu dalam pelupusan radikal bebas.
Disebabkan penguraian fruktosa menghasilkan jumlah ATP yang kurang, maka jumlah penghasilan anti-oxidant di dalam badan semakin rendah menyebabkan radikal bebas semakin bertambah di dalam badan. Oleh itu, secara teorinya radikal bebas ini akan banyak melakukan kerosakkan di dalam badan dan menyebabkan bertambahnya keradangan.
Gambar menunjukkan saluran darah yang mengalami artherosclerosis
Sejak beberapa tahun yang dahulu, saintis mengatakan penyebab(culprit) kepada berlakunya artherosclerosis iaitu enapan kolesterol pada saluran darah adalah disebabkan keradangan. Bila artherosclerosis berlaku, di situlah akan menyebabkan sumbatan pada saluran darah yang boleh menyebabakan serangan sakit jantung dan stroke.
Kesimpulan:
Pengambilan gula tidak menjadi masalah sebenarnya. Sebab ia memberikan tenaga kepada badan. Tetapi bagaimana kuantiti yang kita ambil itu yang akan menjadi masalah.
Pengambilan gula yang kompleks seperti daripada bijiran, sayur, nasi dan sebagainya adalah lebih baik berbanding gula sukrosa. Ini kerana ia terdiri daripada gula kompleks berbentuk kanji dimana unit asasnya adalah glukosa dan senang untuk diuraikan oleh badan.
Perlulah mengurangkan pengambilan produk yang tinggi dengan gula seperti jus buah, produk air 3 dalam 1 dan apa-apa produk yang mempunyai gula yang tinggi. Ambil sekali sekala boleh lah.
KAMI LEBIH SUKA BERSEDERHANA
Sumber: RootOfSience
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :