Sensasi

13 Orang Anak Yatim Perlu Penajaan Kos Hidup Dengan Segera!

Syria Care, sebuah badan NGO yang berpangkalan di Malaysia, telah memulakan program Orphans Project, satu program di mana sesiapa sahaja boleh menaja kos kehidupan seorang anak yatim dari Syria. 11 jam yang lalu ia telah dikemas kini yang kini mereka mempunyai 13 kanak-kanak yang tinggal untuk ditaja. Terima kasih kepada semua insan-insan di luar sana yang telah membuat keputusan untuk menaja kos hidup untuk kanak-kanak berharga dari Syria! Sumbangan anda akan diberkati Tuhan dan tidak akan dilupa! Bagi mereka yang berminat, di bawah adalah poster untuk program ini:

Ya, untuk makluman semua, yang anda perlu lakukan adalah menderma RM250 sebulan untuk membantu menaja seorang kanak-kanak. RM250 akan digunakan untuk peluang pendidikan, keperluan asas seperti pakaian dan makanan dan pemulihan yang mereka perlukan dari trauma perang. Ia adalah penjagaan lengkap, dan Syria Care akan mengurus dan menempatkan keperluan mereka. Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya membiayai kos-kos yang diperlukan oleh mereka.

Bagi mereka yang berminat, anda perlu menghubungi Syria Care, sama ada melalui laman web mereka atau melalui nombor + 6011-2100 4807!

Mudah, bukan?

Apapun, jika anda merasa seperti anda tidak boleh dan tidak mempunyai duit yang cukup untuk menyokong kehidupan selain diri anda, sebarkan berita ini! Mereka perlukan anda!

 

 

 

 

 

Lihat juga:

The post 13 Orang Anak Yatim Perlu Penajaan Kos Hidup Dengan Segera! appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.