Semalam, seorang lelaki dan dua orang penumpangnya telah berhenti di stesen minyak untuk mengisi petrol keretanya apabila kereta itu tiba-tiba sahaja terbakar. Apa yang boleh dinampak dalam video itu ialah lampu keretanya yang masih menyala menunjukkan yang enjin kereta itu tidak dipadam, walaupun nozel itu telah dimasukkan kedalam lubang tangki minyak, sebelum api tiba-tiba merebak dari lubang tangki minyak.
Dalam waktu 0:52 video itu, penonton boleh melihat api yang tiba-tiba merebak daripada lubang tangki minyak kenderaan itu. Juga terdapat dua orang yang berlari keluar daripada kenderaan tersebut dengan ketakutan, kerana nyawa mereka juga hampir ditawarkan dalam kejadian ini. Tetapi mengapa mereka tidak menyarankan pemandu itu suapaya memadam enjin terdahulu debelum mengisi minyak? Entah, mungkin disebabkan oleh kekurangan perhatian, kereta itu terbakar.
Sebagai seorang penulis dan juga pemandu kereta, saya mohon semua penonton untuk menjadikan video ini sebagai tauladan. Jika tidak pandai mengisi minyak, saya mohon supaya pembaca akan membaca panduan yang ringkas ini. Jika enjin kenderaan itu terpaksa dibiarkan sewaktu mengisi minyak, ia adalah disarankan supaya menggunakan kaedah jumpstart selepas mengisi minyak. Memang tidak terkejut melihat netizen marah terhadap pengisi minyak kereta itu, dan juga menbuat berbagai teori mengapa pemandu itu tidak memadamkan enjin keretanya terlebih dahulu.
Pada waktu semasa, tiada info tambahan tentang apa yang terjadi terhadap pemandu ini dengan kereta dia.
Kepada yang suka hidupkan enjin semasa mengisi minyak kereta. Jadikan video ni sebagai tauladan.
Dikirim oleh Wiki Rakyat pada 3 Mei 2017
The post [VIDEO] Kereta Terbakar Semasa Mengisi Minyak, Netizen Panas appeared first on The Coverage Edisi BM.
Sumber: TheCoverage
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :