RootOfSience

Ubat perancang keluarga buat berat badan naik ke?

Penggunaan pelbagai kaedah perancangan keluarga(combined oral contraceptives/COC) adalah digalakkan untuk supaya golongan wanita dapat menjarakkan kandungan mengikut waktu yang optimal. Barang nak pakai lama kena la jaga betul2 ye tak?

Akan tetapi antara penyebab utama segelintir ibu2 rasa keberatan untuk menggunakan COC ini adalah kerana salah satu kesan pengambilannya akan menyebabkan berat badan bertambah.

Banyak kajian berkenaan isu ini telah menunjukkan TIADA BUKTI konklusif pengambilan COC menyebabkan berat badan naik. Akan tetapi ianya tetap disenaraikan sebagai salah satu kesan sampingan(side effect) pengambilan atas beberapa faktor:

1) Sesetengah kombinasi COC mampu menyebabkan selera semakin bertambah. Ini kerana ianya mampu menghalang penghasilan Cholecystokinin(CCK), sejenis hormon semulajadi dalam tubuh badan kita.

Ianya mempunyai pelbagai fungsi dan salah satunya apabila dirembeskan adalah sebagai satiety signal(rasa kenyang). Maka apabila paras hormone ini rendah, selera akan bertambah dan tidak rasa kenyang walaupun makan banyak.

 

2) Sesetengah kombinasi COC juga mampu mengaktifkan sistem RAA(renin-angiotensin-aldosterone) yang bertanggungjawab dalam mengawal tekanan darah, paras sodium(garam) dalam darah dan jumlah air dalam badan. Perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan fluid retention(air disimpan dalam badan dengan lebih banyak).

Perkara ini juga akan menyebabkan lebih banyak sodium akan disimpan dalam badan yang turut memburukkan lagi situasi fluid retention tersebut. Oleh itu kenaikan berat badan adalah disebabkan jumlah air yang jauh lebih banyak daripada biasa.

3) Kandungan sesetengah kombinasi yang menyebabkan paras hormone dalam badan lebih tinggi juga boleh mengakibatkan tubuh badan lebih mudah untuk menyimpan lemak(deposition of body fat) sekaligus menyebabkan berat badan turut naik.

4) Terdapat juga beberapa kombinasi berdasarkan dos yang menyebabkan perkara yang SEBALIKNYA(kurang selera makan dan lebih byk air keluar daripada badan) yang ianya menyebabkan berat badan mereka turun.

Sebab itu lah kedua dua kesan(naik atau turun berat badan) tersebut disenaraikan sebagai kesan sampingan COC kerana kesan yang dialami oleh golongan wanita berbeza untuk setiap jenis kombinasi(contohnya ada ambil COC jenis XYZ, ada yang naik, ada yang turun, ada yang langsung tiada beza berat badan).

Maka kesimpulannya, ubat perancang keluarga TIDAK menyebabkan berat badan naik dan kesan2 yang dihadapi bergantung kepada individu. Anda boleh berbincang dengan doktor berdekatan anda untuk memilih jenis yang sesuai dengan anda.

Rujukan:

Harel Z, Biro FM, Kollar LM, Rauh JL. Adolescents reasons for and experience after discontinuation of the long-acting contraceptive Depo-Provera and Norplant. J. Adolesc. Health 19, 118–123 (1996).

Hamani Y, Sciaki-Tamir Y, Deri-Hasid R, Miller-Pogrund T, Milwidsky A, Haimov-Kochman R. Misconceptions about oral contraception pills among adolescents and physicians. Hum. Reprod. 22, 3078–3083 (2007).

Rosenburg MJ, Waugh MS. Oral contraceptive discontinuation: a prospective evaluation of frequency and reasons. Am. J. Obstet. Gynecol. 179, 577–582 (1998).

Gallo MF, Lopez LM, Grimes DA, Schulz KF, Helmerhorst FM. Combination contraceptives: effects on weight. Cochrane Database Syst. Rev. 4, CD003987 (2008).

Berenson MD, Rahman M. Changes in weight, total fat, percent boy fat, and central-to-peripheral fat ratio associated with injectable and oral contraceptive use. Am. J. Obstet. Gynecol. 200(93), 329.el–e8 (2009).

Rissir WL, Gefter LR, Barratt MS, Risser JM. Weight change in adolescents who used hormonal contraception. J. Adolesc. Health 24, 433–436 (1999).

Bonny AE, Ziegler J, Harvey R, Debanne S, Cromer BA. Weight gain in obese and non-obese adolescent girls initiating depot medroxyprogesterone acetate, oral contraceptive pills, or no hormonal contraceptive method. Arch. Pediatr. Adolesc. Med. 160, 40–45 (2006).

 

 


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.