Sensasi

Terlalu Obses Dengan Seorang Lelaki, Sanggup Merasuah Teman Wanitanya RM1 Juta Untuk Memisahkan Mereka!

Berapa ramai daripada kita yang #foreveralone di luar sana dan ingin mencari rakan kongsi yang sesuai untuk dengan kita bersama sepanjang hidup?

Jika anda sedang mencari ‘The One’, anda mungkin (atau tidak) terfikir akan menarik perhatian gadis Malaysia dikenal pasti sebagai Jocye Lee. Jika dia suka anda, dia akan benar-benar menyukai anda! Betul, saya ingatkan saya yang cepat cemburu ini teruk, tetapi ada juga yang boleh mengalahkan saya…

Menurut cerita viral baru-baru ini dari Moretify, Joey Tan berkongsi cerita yang menunjukkan screenshot perbualan antara Jocye Lee, seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Danny dan teman wanitanya.

Beliau menulis, “Sebagai satu pasangan, jika anda berjumpa dengan wanita ini, apa yang akan anda akan lakukan? Teman wanita itu telah mengorbankan banyak untuk teman lelaki dia, dan dia amat menyayangi teman lelakinya.”

“Keadaan ini tidak seperti apa yang dinyatakan oleh wanita itu. Beliau juga cuba untuk membuat ia kelihatan seperti teman wanita Danny adalah seorang yang materialistik dengan cara menipu!”

Source: Moretify

Pada asasnya, Jocye, tanpa rasa ingin mengalah, selalu mengganggu Danny setiap hari dengan menggunakan messenger Facebook dan berkongsi aktiviti harian beliau dengan Danny, tetapi Danny tidak membalas mesej-mesej Jocye.

Dia memanggil Danny dengan nama panggilan “Hubby”, “My love” dan mengambil gambar dirinya untuk berkongsi dengannya. Jocye juga mengetahui bahawa dia mempunyai teman wanita dan selalu bertanya, “Awak di mana? Adakah awak bersama dia? Kenapa tak balas mesej-mesej saya?”

Jocye terus seperti itu untuk seketika, sehingga Danny tidak boleh tahan dengan perangai Jocye dan akhirnya membalas mesej, berharap supaya ini adalah kali terakhir mereka berhubung. Dia berkata, “Saya benar-benar tidak tahu apa yang hendak dikatakan kepada awak lagi. Bolehkah awak jangan mengganggu saya lagi? Saya telah menyekat semua akaun media sosial awak tetapi awak masih lagi mencari saya. Awak benar-benar “luar biasa”.”

Sila jangan hantar saya lagi gambar atau mesej, saya tidak mahu melihat gambar-gambar awak.

Source: Moretify

Sudah tentu, Jocye tidak mengalah dan terus mengganggu dia, sementara Danny mencuba yang terbaik untuk mengelakkan dan menenangkan situasi, terutamanya apabila dia diberitahu bahawa teman wanitanya diganggu. Danny berulang kali memberitahu Jocye supaya tidak mengganggu beliau dan teman wanitanya lagi (malah mengutuk beliau kerana berang), tetapi dia berkata, “Walaupun awak menghalang saya, saya boleh membuat akaun baru untuk mencari awak. Saya juga mempunyai kad SIM berbilang untuk menghubungi awak, jadi jangan pernah berfikir untuk menyekat nombor saya”.

Wah, memang tak ada rasa ingin kalah! Syabas kerana mempunyai jiwa yang kental, akan tetapi…

Lalu kemudian, Jocye mengganggu teman wanita Danny dan mendesak dia supaya dia meninggalkan Danny kerana teman wanita Danny itu tidak dapat memberi Danny kebahagiaan. Teman wanita mencela Jocye dan berkata, “Sudahlah. Dia tidak akan menjadi milik awak dan mungkin nanti kami akan berpisah, tetapi sekarang ini Danny adalah milik saya. Mengapa saya perlu berpisah dengan dia? Hanya kerana awak kaya? Jadi, awak mahu menggunakan wang awak untuk membeli cintanya?”

Awak pernah berkata kepada saya sebelum ini yang awak akan beri kepada saya RM1 juta supaya saya berpisah dengan dia, jadi di mana wang itu?

Source: Moretify

Jika tidak, beritahu saya berapa banyak yang awak ingin saya bayarkan awak supaya awak berhenti mengganggu kami?”

Lalu Jocye berkata,”Saya kaya, saya mempunyai banyak wang untuk membayar, tetapi awak tidak berbaloi untuk mendapatkan duit saya. Please, duit awak pun tak cukup nak bayar saya.”

Sementara itu, Jocye berterusan mengacau Danny setiap hari dan tidak pernah mengalah, walaupun pada satu ketika dia merasakan bahawa dia gila.

Selepas status Facebook dikongsi di media sosial, netizens terkejut dengan sejauh mana dia akan pergi hanya untuk menghubungi lelaki itu. Facebook status itu juga menyatakan bahawa Jocye dan Danny adalah sahabat lebih daripada 20 tahun. Disebabkan itu, ramai netizen tertanya-tanya akan umur Jocye. Ianya ternyata bahawa Jocye berusia 38 tahun pada tahun ini! Pasti anda tidak percaya dari gambar-gambar dia!

Rupanya, Joey Tan yang telah kongsikan cerita ini adalah teman wanita Danny. Beliau juga berkata, “Jocye memberitahu saya bahawa dia adalah jutawan,” dalam balasan kepada pengguna yang mengatakan bahawa dia memerlukan teman untuk menjadikan beliau ATM peribadi (lol, sempat lagi).

Beberapa lelaki bujang yang lain berkata, “Dia kaya, cantik dan mempunyai bentuk badan yang cantik, tolong bagitahu dia supaya tidak mengganggu mereka dan datang ganggu saya lah!”

Walau bagaimanapun, saya rasa tidak ramai yang boleh menyayangi wanita ini lebih daripada rasa sayang dia terhadap orang yang disukainya.

The post Terlalu Obses Dengan Seorang Lelaki, Sanggup Merasuah Teman Wanitanya RM1 Juta Untuk Memisahkan Mereka! appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.