SEDIH. Anjing Ini Menitiskan Air Mata. Apa Yg Terjadi Pada Anjing Ini Buat Ramai Orang MARAH !!! | Anjing bukan sahaja setia namun mereka juga sangat berguna kerana membantu menjejaki jenayah dan menjadi pengawal rumah.
Sangat menyedihkan apabila kita seringkali mendengar kisah mereka dicederakan dan dibunuh. Ada juga kisah mereka yang dibiarkan mati kerana kebuluran selain didera tuan sendiri.
Baru-baru ini seorang warganegara Indonesia Achy Wijaya berkongsi di Facebook bagaimana dia menjumpai anjingnya yang sedang nyawa-nyawa ikan kerana diracun. Sedihnya..
Menurut Achy, rumahnya yang terletak di Merauke, Papua dipecah masuk perompak pada suatu malam namun cubaan mereka digagalkan oleh anjing peliharaannya.
“Berhati-hati. Kes rompakan semakin berleluasa.
Beberapa hari lalu, halaman rumah kami dimasuki orang yang tidak dikenali pada waktu tengah malam. Namun rancangan mereka gagal kerana digigit oleh anjing peliharaan kami.”
Namun, menjelang pagi, mereka menyedari bahawa anjing mereka sedang terbaring dan nazak kerana diracuni. Menurutnya lagi, mereka sekeluarga telah mencuba sedaya upaya untuk menyelamatkan anjing kesayangan mereka itu, namun usaha mereka gagal.
Kami telah suapkan satu tin susu, separuh liter minyak dan air kelapa namun dia (anjing) tidak dapat diselamatkan.”
Lebih menyedihkan apabila mereka tidak dapat membawanya ke klinik veterinar kerana klinik itu tutup pada hari tersebut.
Di dalam video yang dikongsikan Achy, sangat jelas kelihatan air mata anjing itu menitis dan bergenang seperti memberitahu bahawa dia sedang menangis dalam kesakitan. Kesiannya
Dia juga dilihat sangat lemah dan meluakkan semula apa yang diberikan Achy untuk menyelamatkan. Sedih bila bayangkan penyiksaan yang dilalui anjing ni…
Ramai netizen terutamanya pencinta haiwan yang membaca post tersebut turut bersimpati dengan Achy selain turut berasa sangat marah terhadap mereka yang meracuni anjingnya itu.
Kenapalah orang tak ada hati dan perasaan? Kejam, manusia itu berhati syaitan.”
Kesiannya anjing ini, menitis air mata dia menahan sakit azab nak mati.”
Ada juga yang memberi komen mempersoalkan tindakan Achy merakam detik kematian anjing kesayangannya itu.
Saya berasa sangat sedih dengan apa yang menimpa anjing ini tetapi saya tidak faham mengapa kamu merakamkan detik ini?”
Kenapalah dunia semakin kejam, manusia semakin hilang sifat perikemanusiaan. Haiwan yang tidak bersalah menjadi mangsa kekejaman mereka.
Tonton video yang dimuat Achy:
Posted by Achy Wijaya on Saturday, May 6, 2017
Posted by Achy Wijaya on Saturday, May 6, 2017
Sumber : Lobak Merah
P.S. 1 – Wanita Ini Pasang CCTV Di Rumah Untuk Awasi Kegiatan Kucingnya. Apa Yang Dirakamkan MENGEJUTKAN !!!
P.S. 2 – Setelah Lama Merantau Lelaki Ini Pulang Ke Rumahnya. Reaksi Kucingnya Buat Dia MENANGIS !!!
P.S. 3 – Seorang Kakitangan Zoo Diserang Singa Jantan. Tiba² Muncul Singa Betina Yang Bertindak Untuk….
P.S. 4 – Tiap² Bulan Suami Bagi RM200 Untuk Maknya Tapi Minta Tambah Lagi RM200. Apa Yang Mak Buat Dgn Duit Tu MENGEJUTKAN !!!
P.S. 5 – Dua Pemuda Tahan Teksi Tapi Minta Jangan Guna Meter. Apa Yang Berlaku Seterusnya Buat Pemandu Teksi Itu Bagi Naik Free !!!
The post SEDIH. Anjing Ini Menitiskan Air Mata. Apa Yg Terjadi Pada Anjing Ini Buat Ramai Orang MARAH !!! appeared first on SINAR HARIANI.
Sumber: sinarhariani
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :