Sensasi

Ramai Netizen Sayu Lihat Gambar Mualaf Dibuang Keluarga Tular

Pakcik ini dikatakan mempunyai keluarga di Ipoh, Perak namun dia diabaikan setelah mengambil keputusan untuk memeluk islam beberapa tahun lalu.

Memuat perkongsian pengguna twitter bernama Amirul, gambar seorang lelaki berkopiah itu menjadi tular selepas dia dikatakan dibuang keluarga gara-gara memeluk Islam dan menerima lebih daripada 11,400 perkongsian dan 3,000 reaksi netizen.

Lebih memilukan, sudah dua tahun lelaki ini menjadikan bawah jambatan sebagai tempat tinggalnya di sekitar kawasan Puchong Jaya.

“Kalau ada nampak pakcik ni dekat sekitar Puchong hulur-hulurlah sikit ye, kesian kena tinggal keluarga sebab masuk Islam,” tulisnya di laman Twitter.

Isteri pakcik ini diktakan telah membawa anak-anaknya berpindah ke Australia, membuatkan dia tidak selesa dengan memandangkan budaya pergaulan di negara tersebut yang begitu bebas.

Difahamkan pakcik ini sangat memerlukan pekerjaan untuk mengumpul wang bagi membawa kes penjagaan anak ke mahkamah.

“Pakcik ini dia cakap dia boleh buat kerja kerja ubahsuai rumah sebab dulu dia ada pengalaman 10 tahun dalam bidang ni.

“Dia nak kerja secepat mungkin sebab nak bawa kes (penjagaan anak) ni ke mahkamah tapi dia takut sebab pendapatan dia tak mencukupi,” tulis Amirul lagi.

The post Ramai Netizen Sayu Lihat Gambar Mualaf Dibuang Keluarga Tular appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.