Anda mesti pernah mendengar tentang masalah sosial pada masa kini. Diantaranya adalah pelacuran dan juga dadah. Ini adalah cerita tentand seorang pekerja sosial yang pernah bekerja sebagai pelacur untuk mencari nafkah demi anak-anaknya dan untuk membayar hutang dadah bekas suaminya.
Dengan hutang dadahnya yang tinggi, bekas suami Rahayu Rahmat telah menjual beliau ke rumah pelacur kerana menginginkan duit. Kerana tiada cara lain lagi untuk meninggalkan kehidupan beliau dan tidak mempunyai duit, Rahayu sanggup melacur selama 3 tahun. Disebabkan oleh sijil lahir dan pasport anak-anaknya juga dijual, mereka tidak dapat meninggalkan Johor Bahru. Beliau mengata, “Pada masa itu, anak-anak saya semua adalah warganegara Singapura. Rumah kami dilelong kerana tidak dibayar, dengan sijil-sijil lahir dan pasport anak-anak saya juga dijual. Kami tidak dapat pindah keluar kerana tidak mempunyai duit dan juga tidak mempunyai bukti identiti kami.”
Pada masa itu, mereka hidup dalam keadaan susah hampir enam tahun.
Pada hujung tahun 2008, Rahayu telah tamat pekerjaannya di rumah pelacuran itu, tetapi mempunya empat anak dan tiada rumah. Beliau disahkan HIV positif.
Semata-mata untuk hidup, Rahayu Rahmat sanggup meneruskan hidup sebagai seorang pelacur walaupun beliau mempunyai bisul dan luka-luka diseluruh badan beliau. Apabila dia tidak dapat mencari duit, Rahayu mula mencuri makanan seperti biskut dan roti untuk memberi anak-anaknya makan.
“Apabila saya fikir tiada harapan lagi, Allah menurunkan seorang malaikat.”
Satu hari, seorang staf NGO Rosli Ismail terjumpa Rahayu dengan anak-anaknya di tepi jalanan, apabila sedang menjalani program memberi makan kepada gelandangan di Malaysia.
Rosli juga pernah terpedaya dengan dadah dan tekad menolong mereka yang pernah manjadi penagih dadah.
“Dia terjumpa saya di tepi jalan ketika sedang melakukan program memberi makan. Dia membawa saya dan anak-anak saya dari tepi jalan dan berjaya mendapatkan sijil kelahiran kanak-kanak. Kini, mereka semua adalah rakyat Malaysia,” kata Rahayu Rahmat. Tidak lama selepas itu, mereka jatuh cinta lalu berkahwin, dan sekarang mereka sekeluarga adalah aktivis kepada NGO Persatuan Kebajikan Sinar Sofia, ianya NGO yang dibina oleh Rahayu dan Rosli bersama-sama pada tahun 2011. Ianya sebuah pusat rehab untuk pelacur-pelacur di Johor Bahru.
Dua anak lelakinya, berumur 21 dan 24, sekarang bekerja di hotel, anak perempuannya yang berumur 19 adalah seorang pembantu jualan. Anak bongsunya, 15, masih bersekolah.
Rahayu dan sekeluarga sedang bercuti di Kuala Lumpur.
Bagi Rahayu, kesusahan yang anak-anaknya terpaksa melalui telah mengukuhkan hubungan mereka.
“Mereka tahu tentang status saya. Saya tidak menyembunyikannya daripada mereka. Segala kesusahan membuat kami lebih rapat sebagai satu keluarga dan hubungan kami lebih kukuh,” katanya.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Persatuan Kebajikan Sinar Sofia, layari laman Facebook mereka.
The post Pekerja Sosial Dahulunya Dijual ke Rumah Pelacuran appeared first on The Coverage Edisi BM.
Sumber: TheCoverage
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :