Sensasi

Pasangan Brazil Mempunyai 13 Anak Lelaki Namun Masih Cuba Dapatkan Anak Perempuan

Pasangan suami isteri berasal dari Concei ao de Coit, Brazil sangat menginginkan anak perempuan walaupun kini telah mempunyai seramai 13 anak yang kesemuanya lelaki.

Ireneu Cruz, 40 tahun yang merupakan seorang peladang dan isteri tercinta, Jucicleide Silva telah berkahwin selama dua dekad dan kini menjadi ibu bapa kepada 13 orang anak lelaki.

Anak sulung mereka berusia 18 tahun manakala anak yang bongsu baru berusia sebulan.

Namun, apa yang membuatkan kisah pasangan ini lebih menarik adalah, mereka telah berjanji untuk terus cuba mendapatkan anak sehinggalah mereka dikurniakan dengan anak perempuan.

Sebelum ini, mereka memiliki keyakinan yang sangat tinggi bahawa anak mereka yang ke-13 adalah bayi perempuan tetapi sebaik sahaja bidan mengumumkan bahawa bayi tersebut adalah lelaki, mereka tahu mereka perlu mencuba lagi.

Satu lagi perjanjian yang telah dimeterai antara pasangan ini adalah, si suami akan menamakan anak lelaki mereka manakala si isteri akan menamakan anak perempuan.

Di dalam hal ini, menunjukkan bahawa Jucicleide belum lagi diberi peluang untuk memberikan nama kepada mana-mana anak mereka.

Menurut pakar populasi, terdapat hanya satu daripada 8,000 peluang untuk mempunyai 13 anak lelaki secara berturut-turut menjadikan keluarga ini sebagai keluarga yang sangat istimewa.

Ujar Ireneu di dalam Mirror, “Apabila Jucicleide mengandung untuk pertama kalinya, kami sama-sama bersetuju bahawa dia boleh memilih nama anak perempuan manakala saya akan memilih nama untuk anak lelaki”.

“Saya sangat meminati pemain bola seperti Rivaldo, Roberto Carlos, Ronaldinho dan Robinho. Kesemua nama pemain bola sepak yang hebat bermula dengan huruf R, jadi saya mengambil keputusan untuk menamakan kesemua anak saya dengan nama-nama pemain yang saya minati”.

Jucicleide sedang mendukung anak bongsunya yang baru berusia sebulan.

Nama kesemua anak pasangan ini adalah seperti yang berikut:

Robson, 18; Reinan, 17; Rauan, 15; Rubens, 14; Rivaldo, 13; Rauan, 12; Ramon, 10; Rincon, 9; Riquelme, 7; Ramires, 5; Railson, 3; Rafael, 2; dan Ronaldo, satu bulan.

The post Pasangan Brazil Mempunyai 13 Anak Lelaki Namun Masih Cuba Dapatkan Anak Perempuan appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.