Seorang lelaki di Thailand baru-baru ini ‘menguatkuasakan’ pepatah itu apabila dia mengunjungi beberapa kedai motosikal yang menjual Harley-Davidson dengan pakaian dan penampilan yang lusuh – lebih jelas, dia datang dengan baju t-shirt dan seluar yang kotor, selipar jepun dan juga penampilan yang tidak terurus.
Kerana gaya penampilannya itu, kebanyakan jurujual tidak melayannya. Mungkin jurujual-jurujual itu berpendapat lelaki itu tidak bernilai untuk dilayan kerana tiada wang.
Kerana tidak dilayan, lelaki itu bergerak dari satu kedai ke satu kedai yang lain, sehingga dia tiba di sebuah kedai yang melayannya dengan baik.
Menurut Sanook, setelah dilayan dengan elok, lelaki itu terus membuat keputusan untuk membeli Harley-Davidson di kedai itu dalam masa sepuluh minit dengan berkata: “Saya mahu yang tu!”.
Bukan itu sahaja, dia juga mengeluarkan wang 600,000 baht (RM75,000) tunai dan membayar untuk motosikal itu tunai!
Lelaki yang dikenalpasti sebaagi Lung Decha itu dikatakan seorang yang sangat jujur dan bekerja sebagai mekanik yang sudah bersara. Dia tidak menghisap rokok, minum atau berjudi.
Selepas bekerja keras sepanjang hidupnya, dia mengambil keputusan untuk menggunakan wang simpanan membeli motosikal impiannya.
The post Lelaki Ini Tidak Dilayan Oleh Jurujual Kerana Berpakaian Santai – Buat Kejutan Apabila Beli Harley-Davidson Guna Tunai appeared first on The Coverage Edisi BM.
Sumber: TheCoverage
LAYARI
![Citer Heboh](https://s16.postimg.org/ixlexvw3p/citeheboh1.png)
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :