Kisah Kucing Yg Dilahirkan Hanya Berkaki Dua. Tiada Siapa Yg Sangka Dia Akan Hidup Lama. Tetapi Dia Telah… KAGUM!!!| Kisah kucing ini sangat memberi insprirasi kepada para pembaca. Sebelum dia di bela oleh Mareen, tiada siapa yang menyangka bahawa kucing ini mampu bertahan hidup dengan lebih lama kerana dia dilihat sangat sukar untuk survive untuk hidup. Hendak bergerak pun susah, apatah lagi mencari makan sedangkan dia telah ditinggalkan ibunya sejak kecil.
Mareen mula-mula menjumpai kucing ini semasa dia hanya berusia beverapa minggu & sangat takutkan manusia. Mareen juga menyatakan dia telah menjumpai kucing istimewa ini ketika memberi makan keucing liar di satu kawasan terbiar. terdapat ramai kucing disitu tapi entah kenapa kucing istimewa ini telah begitu menarik perhatian Mareen.
Mareen mendapati kucing ini tidak mempunyai kaki belakang & hanya bergerak melalui dua kaki depannya sahaja. Apabila Mareen cuba mendapatkannya dia cuba melarikan diri dari Mareen. Sejak hari itu Mareen nekad akan membela kucing istimewa itu kerana baginya kucing yang serba kekurangan itu mempunyai semangat yang cukup kuat untuk meneruskan hidup.
Pada awalnya kucing itu selalu melarikan diri dari Mareen, tapi lama-kelamaan Mareen berjaya membawa pulang kucing istimewa itu. Mareen membelanya dengan penuh kasih sayang. Akhirnya kucing itu bertambah sihat & sudah berjaya membiasakan diri di rumah barunya. Kucing itu juga sangat aktif & cergas, selalu mengusik kawan2nya yang lain yang bersama-sama tinggal dirumah Mareen.
Kucing istimewa ini adalah sangat-sangat memberi inspirasi kepada Mareen & juga orang lain yang bersemangat waja untuk hidup walaupun dia serba kekurangan. Sekarang kucing istimewa ini sudah pun berumur setahun ! Untuk kisah penuh boleh baca di NTD TV.
The post Kisah Kucing Yg Dilahirkan Hanya Berkaki Dua. Tiada Siapa Yg Sangka Dia Akan Hidup Lama. Tetapi Dia Telah… KAGUM!!! appeared first on SIAKAP KELL.
Sumber: siakapkell
LAYARI
![Citer Heboh](https://s16.postimg.org/ixlexvw3p/citeheboh1.png)
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :