Sensasi

Kini Anda Boleh Dapatkan Kembali Wang Anda Dari Rakan Yang Bermuka Tebal!!!

Akhirnya ada juga yang mengajar kita perkara yang penting ini! Saya hanya boleh tertanya-tanyakan kenapa tidak kita diajar ilmu asas (dan TERAMAT BERGUNA) seperti ini di waktu persekolahan dulu.

Kami harus mengakui bahawa kami semua mempunyai sekumpulan kawan-kawan menjengkelkan yang asyik meminjam wang kami (seperti kami memiliki sebuah bank) dan tidak pernah kembalikan wang tersebut. Jika anda tidak mempunyai rakan menjengkelkan ini, mungkin anda adalah ā€˜rakan menjengkelkanā€™ itu.

 

Terima kasih kepada Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz aka Buzze Azam, seorang peguam Malaysia yang mesra dan aktivist, yang berkongsi di laman Facebook beliau tentang bagaimana caranya untuk menuntut kembali wang hutang bawah RM5,000.. kini ramai rakyat Malaysia boleh mendapatkan kembali wang yang ditunggu-tunggu oleh mereka dari rakan-rakan yang mukanya setebal satu inci simen.

Ini adalah proses yang anda harus lalui:

1. Pergilah ke mana2 Mahkamah Majistret terdekat dengan rumah anda

2. Cari kaunter pertanyaan mahkamah

3. Kalau kerani tu baru lepas make up, tunggu dia selfie dulu

4. Pastu baru tanya dia ā€œCik Adik, kat mana saya boleh dapatkan borang SAMAN TUNTUTAN KECIL?ā€

5. Isikan borang tu dan ikut lah arahan kat borang tu

6. Daftarkan borang dgn membayar RM30

7. Poskan salinan saman tu kat sepupu anda tu (jgn viral kat fb lak). pos daftar tau utk membuktikan saman telah di poskan

8. Tunggu tarikh bicara

9. Masa hari bicara, cakap depan Majistret camni ā€ Dengan izin tuan, saya dah failkan saman tuntutan kecil ini pada sekian2 hb dan saman tu telah di poskan kepada defendan pada sekian2 haribulan. Hari ni, Defendan tak hadir maka saya memohon Penghakiman ke atas defendanā€

10. Majistret sblm bagi penghakiman akan minta pengesahan ic, bank in slip atau akuan pemberian wang secara serahan tangan.

11. Lepas tu Majistret akan jatuhkan tukul besi kata ok PENGHAKIMAN INGKAR DI BERIKAN!

12. Kalau defendan hadir pun lagi cantik, Majistret akan sekolahkan dia dulu sebelum ketuk tukul tu atas kepala dia

Ini semua langkah-langkah yang boleh dilakukan tanpa servis seorang peguam. Jadi tidaklah terbakar dompet anda semasa ingin mendapatkan wang anda kembali.*thumbs up*

The post Kini Anda Boleh Dapatkan Kembali Wang Anda Dari Rakan Yang Bermuka Tebal!!! appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.