Sensasi

Jurugambar Askar AS Rakam Detik Akhir Sebelum Maut

Jurugambar tentera, Hilda Clayton, 22, rakam satu gambar yang memaparkan bom mortar meletup dan diterbitkan oleh pasukan tentera Amerika Syarikat.

Gambar tersebut merupakan gambar terakhir yang dirakamkan oleh Hilda pada Julai 2013 di Qaraghahi, Afghanistan, sebelum dirinya bersama empat anggota tentera Afghanistan terbunuh.

Ketika itu tentera Afghanistan sedang mengendalikan latihan apabila kemalangan berlaku mengakibatkan bom tersebut meletup.

Hilda pada masa itu sedang menjalani latihan untuk menjadi jurugambar perang. Keluarganya telah memberikan kebenaran kepada pasukan tentera untuk menerbitkan gambar yang dirakamkan empat tahun lalu.

Gambar terbabit diterbitkan untuk edisi Mei-Jun bagi jurnal Angkatan Tentera.

The post Jurugambar Askar AS Rakam Detik Akhir Sebelum Maut appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.