Sensasi

Johor: Jemaah Masjid Serang dan Pecahkan Cermin Kereta

Satu video menjadi tular di media sosial memaparkan sekumpulan jemaah masjid yang bertindak menyerang dan memecahkan cermin sebuah kereta secara beramai-ramai.

Pada video tersebut, kereta tersebut dilihat dipandu ke depan dan ke belakang berulangkali dalam sebuah kawasan yang sesak dengan kenderaan lain dan dapat dilihat beberapa orang jemaah yang baru keluar selesai menunaikan solat Jumaat di kawasan masjid berhampiran.

Dipercayai kejadian berlaku selepas solat Jumaat di salah sebuah masjid di Taman Austin Perdana, Johor Baharu.

Memetik sumber netizen, kejadian ini dikatakan tercetus selepas pemandu kereta berkenaan sedang marah dan membunyikan hon keretanya tanpa henti ketika solat Jumaat sedang berlangsung dan tidak dapat mengerakkan kenderaan kerana dihalang oleh kenderaan lain pada laluannya.

The post Johor: Jemaah Masjid Serang dan Pecahkan Cermin Kereta appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.