Berita baik untuk semua! Pada tahun ini, negara jiran kita telah memberi jaminan bahawa kita tidak akan mengalami jerebu.
Menurut Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Indonesia telah memberikan kita keyakinan pada mesyuarat yang diadakan pada hari ini tadi. Wakil-wakil yang menghadiri mesyuarat itu ialah dari Brunei, Singapura, Indonesia, Thailand dan Malaysia.
Ternyata bahawa terdapat peningkatan yang ketara sejak 2015, dimana jerebu yang kita hadapi adalah yang paling teruk. Tahun lepas, kita hanya menghadapi jerebu selama dua hari, manakala Singapura mempunyai tiga. Syabas, Indonesia!
Walau bagaimanapun, jikalau jerebu masih lagi mencemari udara kita pada tahun unu, Malaysia akan bersedia untuk membantu negara jiran dengan serta-merta.
Jangan lupa untuk memerhati API negara kita! Bagi yang pergi universiti dan ada kerja, jangan sedih sebab tiada cuti…
The post INDONESIA: Tiada Jerebu Tahun Ini! Mari Kita Raikan! appeared first on The Coverage Edisi BM.
Sumber: TheCoverage
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :