RootOfSience

Ibu Borek, Anak Rintik

Jika sebelum ini para saintis menyangka bahawa kaedah kelahiran bayi menjadi penentu utama kepada kandungan microbiota semenjak di awal kelahiran. Namun, penemuan terbaru yang di terbitkan oleh jurnal penyelidikan JAMA Pediatrics telah merumuskan bahawa kandungan microbiota bayi sejak awal kelahiran ditentukan oleh kandungan susu yang diminum.

Kajian ini telah dijalankan ke atas 107 pasang ibu dan anak, dan telah membuktikan bahawa 30 peratus kandungan bakteria dipindahkan melalui diet susu ibu kepada bayi, dan 10 peratus dari sentuhan terus mulut bayi ketika menyusu ibu.

Gambarajah di bawah menunjukkan perbandingan jelas di antara kandungan bakteria di dalam susu ibu, dan juga kandungan bakteria dalam najis bayi. Jelas kelihatan bahawa kandungan filum Proteobacteria mendominasi kandungan susu ibu dan juga najis bayi.

Salah seorang pengkaji utama untuk kajian ini, Grace Aldrovandi menyifatkan bahawa, “Susu ibu sangat hebat, melalui proses evolusi yang panjang, susu ibu mampu membentuk kesihatan bayi yang baik terutama dalam meningkatkan tahap imuniti badan bayi”.

Walaupun kajian ini tidak mensasarkan untuk menilai tahap kesihatan bayi secara menyeluruh, kajian berkaitan microbiome bayi yang dijalankan sebelum ini telah membuktikan susu ibu dapat membendung gejala kegemukan dikalangan bayi, dan membantuk dalam perkembangan sistem imuniti. Selain itu, kajian terdahulu juga membuktikan bahawa penyusuan ibu secara ekslusif selama 6 bulan dapat menghalang jangkitan telingan dan penafasan bayi, alergi, diabetes dan kematian mengejut pada bayi.

Menariknya, asal usul kandungan bakteria dalam susu ibu masih menjadi tanda tanya! Nantikan tulisan saya yang akan datang. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu buat seluruh ibu-ibu di luar sana 🙂

Rujukan: http://ift.tt/2qpfSiB


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.