Sensasi

[GAMBAR] Bil Makan Untuk 12 Orang Sekumpulan Boleh Mencecah RM78,000!

Sekali-sekala sahaja kita dapat makan dengan begitu mewah, itupun mungkin setahun sekali. Tetapi tidak sampai beribu ringgit! Bagi mereka yang berada, mungkin ianya tiada masalah, tetapi bagi kita mesti ada kawan yang akan cakap “alaa, makan mamak pun lagi kenyang, murah lagi!”. Ada betulnya, baru sahaja tadi saya makan nasi briyani dengan ayam dengan harga RM9.90. Itu sahaja cukup untuk makan tengahari, dan RM10 itu sudah dikira sebagai mahal bagi beberapa orang yang saya kenal.

Cerita kita pada hari ini adalah tentang satu kumpulan yang makan malam bersama. Bil mereka… lebih kurang RM78,000!

Kering dompetku hanya dengan melihat gambar bil ini… | Source: Facebook

Nama restoran tidak tertera dalam gambar bil ini, tetapi ada yang mengatakan ianya di Marble 8, dengan menggunakan GST ID, dan mengenal-pastikan restoran yang mempunyai GST ID yang sama.

Makanan-makanan yang tertera di bil ini mempunyai harga standard dengan tempat makan seperti Tony Romas atau TGIF, tetapi diantara yang mahal adalah Cristal Champagne, dan juga beberapa barangan yang bertulis Chateu, (Kepada sesiapa yang tidak tahu, saya dah tolong Google sikit. Kedua-dua Chateu Margaux dan Chateu Pavie adalah wain yang agak mahal!)  Caviar (telur ikan) dan Tomahawk. Caviar di Marble 8 mempunyai harga RM1,400 setiap hidangan.

Jika terdapat 12 orang dalam kumpulan ini, dan total bil makanan adalah RM78,478.80, dan mereka akan membayar makanan dengan asing dan bahagi genap; seorang dari mereka perlu membayar harga RM6,539.90! Boleh beli 654 hidangan nasi biryani yang saya makan untuk tengahari tadi! Kalau kita merasakan yang tiada apa kita dapat beli atau makan, ada orang yang lebih mampu untuk makan sehingga beribu ringgit. Bagi beberapa orang yang lain, mereka boleh beli barangan yang lain dengan harga yang sama, atau kurang… Kalau saya ada RM78,000… Mungkin saya akan gunakan untuk melancong atau membeli permainan video…

Eh, tidak, mestilah saya akan jimat untuk masa hadapan!

Jika anda mempunyai duit sebanyak itu, apa yang akan anda buat dengannya?

The post [GAMBAR] Bil Makan Untuk 12 Orang Sekumpulan Boleh Mencecah RM78,000! appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.