Remaja perempuan berusia 15 tahun yang mendakwa dirogol pemandu teksi dalam kejadian Ahad lalu sebenarnya hanya taktik helah penipuan untuk melepaskan dirinya.
Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, polis Kelantan menafikan dakwaan remaja tersebut konon menjadi mangsa rogol, walhal dia sebenarnya meluangkan masa bersama teman lelaki di Dabong, Kuala Krai pada hari kejadian.
Malah, remaja perempuan itu mengaku telah berjumpa teman lelakinya berusia 17 tahun dan melakukan hubungan seks secara suka sama suka.
“Tuduhan remaja itu hanya cerita rekaan semata-mata.
“Kes itu telah dimanipulasikan dan siasatan polis mendapati pemandu teksi seperti yang didakwa sebagai pelaku dalam kes tersebut sebenarnya tidak wujud,” kata Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning.
Beliau berkata, remaja berkenaan takut untuk pulang ke rumahnya di Ketereh, selepas bimbang aktiviti maksiat itu diketahui keluarganya.
Sebagai rekod, kejadian tersebut telah menjadi tular menerusi laman sosial apabila seorang remaja perempuan mendakwa dirinya dirogol dan ditinggalkan pemandu teksi di tepi jalan di Tanah Merah.
The post Remaja Reka Cerita Dirogol Pemandu Teksi appeared first on The Coverage Edisi BM.
Sumber: TheCoverage
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :