Pembakar lemak Garcinia Cambioga: Part 1 , SSRI
Puan Latifah, 35 tahun, tiba ke bahagian kecemasan dengan menaiki ambulans. Beliau tidak dapat bercakap dengan sempurna dan berpeluh dengan hebatnya. Jururawat dan doktor di bahagian kecemasan degan segera menarik beliau ke satu sudut dan tekanan darah beliau diambil. 169/100 mmHg dan degupan jantung direkod. (102 degupan / minit). Hmmm, agak tinggi tekanan darah beliau dan degupan jantung juga dilihat sangat laju (tachycardia). Dengan segera doctor memasang IV line. Setelah keadaan kembali stabil, ujian air kencing dibuat. Positif cannabinoids dan oxycodone. Ini menunjukkan Puan Latifah sedang mengambil ubat untuk membantu pengawalan sakit kronik.
Doktor perubatan menghampiri Puan Latifah. ‘Puan, boleh saya tahu puan ada masalah kesihatan? Puan Latifah menggaguk. ‘Doktor memberi saya ubat untuk mengawal kemurungan’. Doktor perubatan yang sudah dapat mengaggak keberangkalian pesakit mengalami sindrom ketoksikan serotonin, terus bertanya, ‘Puan ada mengambil ubat atau suplemen lain ke?’ . Puan Latifah terdiam sebentar sambil menggeleng. Kemudian dengan perlahan beliau menambah, ‘ada doktor, ubat untuk kurus’, lalu dicapai tas tangannya dan diberi satu botol berwarna putih dengan gambar Garcinia cambogia di terpampang di hadapannya. ‘Saya dah ambil selama 1 bulan lebih’, tambah beliau.
Garcinia cambogia, adalah sejenis tumbuhan yang biasa digunakan di India dan Asia Tenggara untuk memberi rasa masam. Keistimewaan utama Garcinia cambogia adalah ia mengandungi asid hydroxycitric (HCA), dimana kajian in vitro menunjukkan kebolehan HCA dalam penurunan berat badan. Kebanyakan suplemen anti-obesity mengandungi 20-60% HCA. Dengan pelbagai testimonial yang ‘membunga’ membuatkan ramai di luar sana yang terpengaruh untuk memiliki tubuh badan yang langsing secara ajaib. Apatah lagi tanpa perlukan rutin senaman, cukup sekadar menjaga pemakanan.
Kajian mendapati HCA mempunyai kebolehan untuk menghentikan lipogenesis (proses melibatkan penghasilan lemak di dalam tubuh badan daripada karbohidrat) melalui ATP citrase lipase (enzim yang diperlukan untuk sintesi lemak). Pencegahan penukaran karbohidrat kepada lemak dengan HCA dengan itu mendorong badan untuk mengoksidakan karbohidrat yang berlebihan, menggalakkan penyimpanan glikogen, yang memainkan peranan dalam membantutkan selera makan. HCA juga dilihat dapat mengahalang rasa lapar dengan meningkatkan paras serotonin, iaitu sejenis neurotransmitter yang mampu mengawal selera makan.
Bagi pesakit yang mengalami kemurungan atau masalah kesihatan perbatan yang melibatkan penggunaan ubat dari kelas serotonin selective reuptake inhibitor (SSRI), mereka tidak boleh mengambil Garcinia Cambogia tanpa rujukan daripada doktor yang telah memberi preskripsi ubat SSRI, terutama bagi pesakit mental.
Bagaimana SSRI menjalankan fungsi?
SSRIs bertanggungjawab meningkatkan fungsi sel-sel saraf di dalam otak yang mengawal emosi. Di dalam otak manusia, maklumat disampaikan antara sel-sel otak dengan menggunakan isyarat. Perutusan kimia yang digunakan untuk menyampaikan isyarat ini dipanggil neurotransmitter. Serotonin adalah salah satu jenis neurotransmitter. Apabila sel-sel otak (yang dipanggil neuron) menghantar isyarat di antara satu sama lain, mereka akan melepaskan sedikit neurotransmitter supaya mesej dapat disampaikan. Mereka kemudian perlu mengambil kembali neurotransmitter yang mereka dilepaskan supaya mereka boleh menghantar mesej seterusnya. Proses menggantikan neurotransmitter ini dipanggil “reuptake.” Jika seseorang bergelut dengan masalah kemurungan, kawasan otak yang bertindak mengawal emosi (mood) mungkin tidak dapat menghantar mesej dengan menggunakan serotonin secara dengan betul. SSRIs membantu membuat lebih banyak serotonin dengan menyekat proses reuptake itu. Ini membolehkan serotonin membina hubungan antara neuron dan mesej boleh dihantar dengan betul. Mereka dipanggil inhibitor “terpilih” serotonin reuptake kerana mereka menghalang serotonin daripada menghampiri reseptor.
Bagaimana Garcinia cambogia memberi kesan toksik kepada pesakit yang mengambil ubat SSRIs.
Seperti yang telah diperincikan, Garcinia cambogia juga dilihat meningkatkan kandungan serotonin di dalam otak manusia. Apabila diambil bersama ubat SSRI, kandungan serotonin di dalam otak seseorang akan menjadi sangat tinggi dan keadaan toksik amat mudah berlaku. Ini dapat dilihat daripada symptom-simptom serotonin toksisiti seperti
- Degupan jantung yang sangat kuat (Tacyhcardia)
- Berpeluh dengan luar biasa(Pertuturan yang terjejas dan gagap
- Berilusi
- Mempunyai tahap potassium yang tinggi
Adakah selamat untuk pesakit kencing manis?
Mengikut iklan yang berleluasa, di tambah dengan testimoni yang berbunga, terdepat segelintir penjual melebalkan Garcinia cambogia adalah selamat untuk pesakit kencing manis. Kajian yang dijalnkan oleh Loe et al, 2001, mendapati tahap plasma asid hydroxycitric adalah adalah 8.4µg/ml selepas dua jam diambil melalui suapan (oral administration) 2 g ekstrak Garcinia Cambogia. Ini memberi gambaran bahawa penyerapan ekstrak Garcinia cambogia adalah dalam keadaan yang terhad, dan perlu dikeluarkan melalui air kencing selepas melalui proses metabolisma di hepar. Ini juga memberi petunjuk bahawa kedua-dua pundi kencing perlu bekerja kuat apabila seseorang a[;ZHHYmengambil ekstrak Garcinia cambogia, disamping perlu menambah kuantiti air minuman seharian bagi memudahkan pengeluarannya dalam air kencing. Maka, ia tidak sesuai untuk pesakit yang mempunyai masalah kencing manis kerana pundi kencing mereka sudah tentu perlu dijaga dengan baik tanpa perlu lebihan bebanan daripada ekstrak tumbhan.
Adakah Penggungaan Garcinia Selamat?
Kajian yang didapati melibatkan ekstrak Garcinia cambogia tampa penambahan elemen lain seperti L-carnitine, zinc, magnesium dan sebagainya. Terdapat beberapa ujian toksik yang masih dijalankan seperti :
- Cytotoxicity
- Acute and Short-Term Toxicological Studies
- Genotoxicity
- Skin Irritation Studies
- Eye Irritation Studies
- Reproduction and Developmental Studies
Kesemua ujian di atas masih belum lengkap sepenuhnya, tetapi keputusan kajian lebih mengarah kepada kesan toksisiti kepada manusia dalam dos yang tinggi. Walaubagaimanapun saintis masih mencari berpakah nilai dos yang diangarkan sesuai bagi tubuh badan manusia. Oleh kerana kesan Garcinia cambogia terdapat ciri-ciri ketoksikan, adalah perlu bagi pengguna untuk berhati-hati dalam menggunakannya sebagai alternatif untuk menurunkan berat badan. Ini kerana, dalam usaha mencari nilai dos yang sesuai untuk pengguna yang sihat, ia telah dikaji sebagai merbahaya kepada individu yang sedang mengalami penyakit (Tekanan darah tinggi, diabetes, pesakit kemurungan, pesakit yang mempunyai fibroid, cyst, endometriosis, pesakit yang mempunyai masalah reproduksi) atau berada di dalam kumpulan pesakit kritikal (Seperti buah pinggang yang tidak dapat menjalankan fungsi dengan baik, masalah jantung dan lain-lain).
Kesimpulan
Siri 1 Garcinia cambogia memberi focus tentang penggunaan suplemen ini sebagai ubat kurus kepada pesakit yang mengambil ubat kemurungan atau penyakit yang melibatkan penggunaan ubat dari kelas SSRI. Penulis juga tidak bersetuju bahawa pesakit kencing manis boleh menggunakan suplemen ini besesuaian dengan peranan buah pinggang yang perlu dijaga sebaik mungkin bagi pesakit kencing manis, kerana ekstrak ini memerlukan buah pinggang untuk bekerja lebih keras bagi mengeluarkannya daripada tubuh badan.
Reference
- Annette M. Lopez, Joshua Kornegay, and Robert G. Hendrickson. Serotonin Toxicity Associated with Garcinia cambogia Over-the-counter Supplement. J. Med. Toxicol. (2014).
- Chuah LO, Yeap SK, Ho WY, Beh BK, Alitheen NB. In vitro and in vivo toxicity of garcinia or hydroxycitric Acid: a review. Evid Based Complement Alternat Med. (2012).
- Nutraceuticals: Efficacy, Safety and Toxicity. edited by Ramesh C. Gupta. Academic Press (2016)
Sumber: RootOfSience
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :