PADAH Terlalu Percaya Bomoh, Bayi 2 Bulan Hampir Maut Dihiris Pisau Panas 40 Kali !!! | Akibat percayakan bomoh, seorang wanita dilaporkan hampir kehilangan bayi perempuannya yang baharu berusia dua bulan dan menghidap penyakit radang paru-paru. Somvati Seheriya, 22, pada awalnya tidak membawa bayi malang itu ke hospital.
Sebaliknya, Somvati dikatakan membawa anak itu menemui bomoh yang kemudiannya menggunakan besi panas dan ditekap ke atas perut bayi berkenaan bagi mengubati penyakit tersebut. Laporan media di India memberitahu bahawa dianggarkan terdapat kira-kira 40 kesan pisau panas pada perut bayi itu, “hasil kerja” bomoh yang diupah ibunya.
Lebih merisaukan, keadaan bayi itu bukan semakin sembuh malah makin teruk di mana bayi terbabit kemudiannya mengalami demam panas pada keesokan hari selepas cuba dipulihkan bomoh itu. Somvati yang kematian anak sulungnya tahun lepas akibat penyakit sama, dikatakan menyesal kerana tidak membawa anak sulungnya itu menemui bomoh terbabit. Justeru, apabila bayinya menghidap radang paru-paru dan bagi menebus “kesilapan” pada bayi sulungnya,
Somvati nekad membawa bayi itu menemui bomoh itu ekoran terlalu percaya kemampuan bomoh terbabit menyembuhkannya. Selepas bayi itu semakin kritikal, barulah dia dan suaminya, Giru, membawa anak itu ke hospital kerajaan. Menurut doktor yang merawat bayi itu, Dr Gobind Singh, ketika dibawa ke hospital, bayi itu berada dalam keadaan parah dan sukar benafas. Dia kemudiannya diberikan nebulizer serta ubat dan selang beberapa hari keadaan bayi tersebut kembali pulih.
Kredit : KedahNews.com
P.S. 1 – Siapa Yang Cipta Allah. Ini Jawapan Seorang Imam Yang Buat Ramai Umat Islam TERKEJUT !!!
P.S. 2 – Inilah 4 TANDA Malaikat Maut BERITAHU Ajal Kita Nak Tiba TAPI Ramai Buat-Buat TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Inilah 12 Gambar Rumah Baginda Nabi Muhammad S.A.W Yang Mungkin Anda Tak Pernah Lihat !!!
P.S. 4 – Maklumat Sulit NASA Terbongkar..Temui Satu Tanda Kiamat Di Sungai Eufrat Yang MENGGERUNKAN !!!
P.S. 5 – PERHATIAN.. Jangan MINUM Air Botol Plastik Dalam Kereta Anda… Ini Akibatnya……
The post PADAH Terlalu Percaya Bomoh, Bayi 2 Bulan Hampir Maut Dihiris Pisau Panas 40 Kali !!! appeared first on BISKUTMANIS.
Sumber: biskutmanis
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :