Sensasi

Neelofa Tersenarai Dalam Forbes Under 30 Asia

Neelofa memang sudah lama menjadi inspirasi kepada para gadis di luar sana untuk berjaya.

Malah, selain berkecimpung di industri hiburan tanahair, Neelofa juga mencipta empayar perniagaannya di bawah jenama Naelofar yang ditubuhkan sejak 2014.

baru-baru ini, Neelofa diiktiraf kejayaannya oleh Forbes melalui “30 under 30 Asia” berdiri megah sebaris dengan 30 wanita hebat yang lain di dalam kategori “Pioneer Women”.

Dia juga tersenarai dalam 30 Under 30 untuk kategori “Retail & E-Commerce” sebaris dengan usahawan lain seperti Vivy Yusof, Shasha Tan dan ramai lagi.

Baru berusia 28 tahun, kini Neelofa sudah boleh berbangga dengan usaha keras bersama jenama Naelofar. Pastinya keluarga dan rakan sekerja di Naelofar juga turut berbangga dengan kejayaan ini.

Kepada Neelofa, teruskan menjadi inspirasi kepada wanita muda di luar sana. Tak perlu gossip murahan kerana ternyata anda memang layak berada di atas!

The post Neelofa Tersenarai Dalam Forbes Under 30 Asia appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.