Umum

Misteri Bau Busuk Di Sebuah Kondo Di Mount Kiara Terjawab Apabila… Warga Korea Lagi ???

Misteri Bau Busuk Di Sebuah Kondo Di Mount Kiara Terjawab Apabila… Warga Korea Lagi ???| KUALA LUMPUR 2 April – Seorang lelaki dipercayai warga Korea ditemukan tergantung di dalam bilik air rumahnya di Kondominium Tiara Mas Sutera, Mount Kiara di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tanpa memakai baju dan berseluar pendek.

Menurut jurucakap bomba, pihaknya telah menerima panggilan kira-kira pukul 11.16 malam oleh orang awam memaklumkan terdapat bau busuk di dalam rumah tersebut. Ujarnya, setibanya di lokasi kira-kira pukul 11.28 malam, pihaknya telah bertindak mengumpil pintu rumah tersebut sebelum menemukan mayat lelaki terbabit tergantung di dalam bilik air rumahnya.

“Setakat ini, kita masih belum membawa turun mayat tersebut kerana masih menunggu pasukan forensik polis tiba ke lokasi untuk pemeriksaan lanjut,” katanya di sini semalam. – UTUSAN ONLINE

The post Misteri Bau Busuk Di Sebuah Kondo Di Mount Kiara Terjawab Apabila… Warga Korea Lagi ??? appeared first on KISAH BENARKU.



Sumber: kisahbenarku


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.