RootOfSience

Mengapa Kosmetik Mengandungi Hydroquinone Berbahaya?

Telah tular tentang pelbagai jenama produk yang mengandungi hydroquinone di pasaran. Mengapakah produk tersebut dikatakan berbahaya? Mengapa pula kandungan hydroquinone kerap menjadi antara bahan pilihan pembuat kosmetik? Apa fungsinya?

Sebelum itu mari kita sama-sama mengenali bagaimana warna kulit kita dihasilkan.

Image result for skin colour

Warna kulit kita samaada terlihat cerah seperti zombie atau gelap seperti warga Nigeria adalah disebabkan oleh kehadiran pigmen di epidermis kulit yang digelar melanin. Pigmen melanin yang selalu terdapat di kulit adalah dari jenis eumelanin (berwarna coklat/ hitam) dan pheomelanin (berwarna merah/ kuning). Variasi warna kulit manusia adalah disebabkan variasi campuran atau kandungan melanin-melanin tersebut pada kulit kita.

Related image

Imej dari Pearson Education (2010)

Pigmen melanin ini dihasilkan oleh sejenis sel yang berada di bahagian terbawah lapisan epidermis yang dipanggil melanocyte (sebutan: me-la-no-sai-t).  Sel melanocyte ini menghasilkan pigmen melanin dan ‘membungkus’ pigmen tersebut kedalam vesikel (bebuli berisi protein dalam sel).

Related image

Tetapi sel-sel melanocyte ini terletak dibahagian dasar epidermis. Bagaimana warna kulit kita nampak jelas dipermukaan. Sedangkan jika kulit terhiris, tidak nampak pun bahagian dalam tisu kulit kita berwarna seperti kulit?

Image result for melanogenesis

Sebenarnya sel melanocyte ini telah diciptakan untuk mempunyai kebolehan supaya berupaya menghasilkan cabang-cabang panjang yang digelar filopodia (boleh diterjemah secara literal sebagai ‘kaki sel’). Vesikel berisi pigmen melanin yang menyumbang pada warna kulit kita tadi akan diangkut kehujung-hujung podocyte ini yang menjangkau sehingga melangkaui epidermis yang terdiri dari lapisan sel-sel keratinocyte. Melanosome juga boleh dipindahkan ke sel-sel keratinocyte yang berhampiran.

Imej dari Yarosh et al. 2011 (DOI: 10.1038/jid.2011.413 )

Pigmen melanin ini sebenarnya berfungsi untuk melindungi kulit kita dari rosak akibat radiasi sinar ultra lembayung (ultraviolet) dari matahari. Sinar ultra lembayung terutama sinar UVB mampu menembusi sel dan merosakkan DNA. Ini akan mendedahkan sel tersebut kepada mutasi DNA dan seterusnya meningkatkan risiko kanser kulit.

Image result for melanin uv

ADAKAH ORANG YANG BERKULIT GELAP MEMPUNYAI LEBIH BANYAK SEL MELANOCYTE BERBANDING ORANG BERKULIT CERAH?

Tidak. Bahkan, sel melanocyte juga terdapat sama banyak pada manusia yang mengalami albinism! Warna kulit dipengaruhi sama ada sel melanocyte kita aktif atau kurang aktif menghasilkan melanin. Jika sel melanocyte kita aktif, atau diaktifkan dalam sesetengah keadaan seperti terdedah pada sinaran matahari yang lama, maka gelaplah warna kulit. Jika sel melanocyte kita tidak aktif, maka kita akan berkulit lebih cerah.

Image result for albinism

Melanin dihasilkan dalam tapakjalan melanogenesis. Proses melanogenesis ini melibatkan tindak balas berangkai yang panjang. Ia bermula dari proses menukarkan tyrosine (sejenis asid amino) kepada L-DOPA sehingga akhirnya menghasilkan pigmen melanin. Penghasilan L-DOPA dari tyrosine adalah peringkat penting dalam tapakjalan melanogenesis. Proses ini dimangkinkan oleh enzim tyrosinase.

Image result for The melanogenesis and mechanisms of skin-lightening agents – existing and new approaches.

Imej dari Gillbro et al (2011)

Kes albinism terutama varian OCA1 adalah disebabkan oleh mutasi yang berlaku pada gen yang mengekod enzim tyrosinase (TYR) ini. Mutasi yang merosakkan jujukan gen TYR ini menyebabkan manusia tidak mempunyai enzim tyrosinase dan tidak mampu menghasilkan melanin. Jadi, manusia tersebut mempunyai rambut yang berwarna putih, anak mata yang kemerahan (tanpa pigmen pada iris yang menyebabkan salur-salur darah kelihatan – memberikan warna kemerahan tersebut) dan kulit yang sangat pucat.

APAKAH KAITAN SEMUA INI DENGAN HYDROQUINONE?

Hydroquinone terkenal sebagai bahan pemutih kulit (skin bleaching) dalam produk kosmetik. Ia sebenarnya adalah sejenis kompaun organik aromatik berasaskan phenol (terbitan benzene).

Image result for hydroquinone

Hydroquinone dipreskripsi untuk rawatan pigmentasi di klinik. Penggunaannya hydroquinone akan menyebabkan kulit lebih cerah. Ini adalah kerana keupayaan hydroquinone untuk menambat pada enzim tyrosinase dan merencatnya. Tanpa enzim tyrosinase, asid amino tyrosine tidak akan dapat ditukarkan kepada L-DOPA, maka tidak terhasillah pigmen melanin dalam melanocyte. Jadi tiada melanin yang akan menyebabkan kulit kita gelap.

Image result for hydroquinone

Malangnya, hydroquinone juga didapati menghasilkan spesis reaktif oksigen dan radikal bebas yang mengakibatkan kerosakan oksidatif pada lapisan membran sel. Sel-sel akan mati dan pecah, sebab itulah sesetengah pengguna mengalami pengelupasan kulit yang teruk. Sel-sel kulit pada wajah anda sedang rosak dan mati, bukan healing krisis!

Related image

Malah, penggunaan hydroquinone untuh tempoh yang panjang akan menyebabkan kerosakan kekal pada sel-sel melanocyte yang melindungi kulit dari sinar ultra lembayung. Sudahlah kulit rosak, pedih dan kemerahan, kerosakan kulit tersebut mungkin adalah kerosakan kekal.

Image result for melanin uv

Hydroquinone juga dilaporkan akan meningkatkan warna kulit yag tidak sekata dan tompok-tomok hitam pada kulit. Kajian in vivo dan invitro di makmal juga menunjukkan hydroquinoe bersifat karsinogenik (mampu mengaruh kanser eg. thyroid follicular cell hyperplasia, mononuclear cell leukemia, hepatocellular adenomas and renal tubule cell adenomas), mungkin kerana pembentukan radikal bebas yang mampu merosakkan DNA.

Image result for hyperpigmentation

Penggunaan hydroquinone telah dilarang dalam kosmetik, ianya cuma boleh dipreskripsi oleh dermatologis untuk rawatan hyperpigmentasi dan beberapa masalah kulit yang lain.  Ini dilakukan supaya kadar penggunaan, dos dan kesan-kesan sampingan dapat dipantau dengan rapi.

Jadi adakah anda masih mahu menggunakan kosmetik yang mengandungi hydroquinone?

RUJUKAN

Deri B, Kanteev M, Goldfeder M, et al. (2016), The unravelling of the complex pattern of tyrosinase inhibition. Scientific Reports. 2016;6:34993. doi:10.1038/srep34993.

Brenner M, Hearing VJ. The Protective Role of Melanin Against UV Damage in Human Skin. Photochemistry and photobiology. 2008;84(3):539-549. doi:10.1111/j.1751-1097.2007.00226.x.

Draelos ZD. (2007), Skin lightening preparations and the hydroquinone controversy. Dermatologic Therapy, 20: 308–313. doi: 10.1111/j.1529-8019.2007.00144.x

Palumbo A, M d’Ischia, Misuraca G, Prota G. Mechanism of inhibition of melanogenesis by hydroquinone. Biochimica et Biophysica Acta (BBA), Volume 1073, Issue 1, 1991, Pages 85-90. http://ift.tt/2pdMM7w.

Mancini M, Mandruzzato M, Garzia A, Sahnane N , Elena Magnani, Filippo Macchi, Mustapha Oulad-Abdelghani, Pierre Oudet, Valentina Bollati, Silvia Fustinoni, Daniela Furlan, Ian M. Bonapace, In vitro hydroquinone–induced instauration of histone bivalent mark on human retroelements (LINE-1) in HL60 cells, Toxicology in Vitro, Volume 40, April 2017, Pages 1-10, ISSN 0887-2333, http://ift.tt/2pgmPkR.

Gillbro, J. M. and Olsson, M. J. (2011), The melanogenesis and mechanisms of skin-lightening agents – existing and new approaches. International Journal of Cosmetic Science, 33: 210–221. doi:10.1111/j.1468-2494.2010.00616.x

Research, Center for Drug Evaluation and. “About the Center for Drug Evaluation and Research – Hydroquinone Studies Under The National Toxicology Program (NTP)”. www.fda.gov. Retrieved 2017-02-12.


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.