Seorang netizen mendedahkan, adik perempuan yang hamil didatangi seorang lelaki yang mengaku dirinya ustaz, ketika berada di wad ibu mengandung di sebuah hospital.
Lelaki berkenaan menawarkan rawatan percuma kononnya mahu membantu meringankan kesakitan yang dialami oleh ibu-ibu mengandung. Bagaimanapun, lelaki itu dipercayai cuba mengambil kesempatan untuk melakukan perkara syirik dan khurafat.
Dari Info Ibu Hamil
Adik saya bersalin minggu lepas di hospital. Nak dijadikan cerita, dia didatangi oleh seorang lelaki yang mengaku ustaz. Dia kata nak tolong sebab nampak adik saya macam tak sihat.
Dia berikan air minuman. Masa itu adik macam sudah dipukau. Kemudian 'ustaz' itu mula pegang pinggang dan perut adik.
Mujur ada doktor cepat sampai dan tegur kenapa kacau pesakit. Ustaz itu terus berlalu pergi. Bila doktor tanya pada adik, "Suami ke?", masa itu barulah dia macam tersedar dan cakap lelaki itu bukan suami dia.
Polis ada datang ambil keterangan dan dikatakan sekarang banyak kes orang cuba hantar saka atau berniat tidak baik.
Kepada ibu-ibu yang bakal bersalin dan ahli keluarga terdekat, berjaga-jagalah. Takut perkara yang tidak diingini berlaku.
Di ruangan komen, netizen juga turut mengesahkan kejadian itu pernah berlaku pada mereka.
Golongan ibu-ibu mengandung dinasihatkan agar berhati-hati dan tidak menerima sebarang tawaran perubatan dari individu yang tidak dikenali ketika berada di hospital. - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :