JOHOR BAHRU - Pelajar tahfiz yang dilaporkan dipotong kaki dipercayai akibat disebat dengan getah paip Mac lalu, dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, lapor Astro Awani.
Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, meninggal dunia sekitar jam 2.05 petang tadi, memetik sumber dari ahli keluarganya.
Mohamad Thaqif dijangka bakal melakukan pembedahan memotong tangan kanannya yang dilaporkan semakin kritikal, pagi tadi. Bagaimanapun ditangguhkan kerana keadaan jantungnya yang tidak stabil.
28 Mac lalu, Thaqif dan 15 pelajar yang lain disebat di bahagian kaki menggunakan getah paip kerana bising di surau.
31 Mac, Thaqif dikeluarkan dari sekolah berkenaan selepas mengadu kakinya sakit disebat menggunakan getah paip.
19 April, Thaqif dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Sultan Ismail dan beebrapa hari kemudian, kedua-dua kakinya terpaksa dipotong.
26 April, doktor membuat keputusan untuk memotong tangan kanan Thaqif dengan persetujuan keluarganya, namun ditangguhkan kerana keadaannya tidak stabil.
Artikel berkaitan:
- Ya Allah, sembuhkanlah adik Thaqif
- Bising di surau, punca Thaqif & 15 rakannya dipukul di bahagian kaki
- Saya nak pindah sebab semalam saya kena tumbuk tanpa sebab - Thaqif
- 'Bila pula kami bawa Thaqif berubat kampung?' - Ibu saudara tampil nafi 2 dakwaan media
- 'Otot² tangan kanan dah mati, jari jemari semakin kecut, jika tiada perubahan terpaksalah memilih pilihan terakhir' - Ibu Thaqif
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :