Sensasi

Budak Terjun Guna Payung Gara-gara Tiru Aksi Kartun

Terpengaruh dengan aksi kartun yang digemari, seorang kanak-kanak lelaki nyaris maut selepas terjun dari tingkat 10 di sebuah apartmen di wilayah Suzhou, China.

Memetik Shanghaiist.com, kanak-kanak yang berusia tujuh tahun itu ingin meniru perbuatan siri kartun di mana salah satu wataknya menggunakan payung sebagai ‘parachute’ (payung terjun).

Namun, bukan ‘payung’ yang menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu tetapi wayar elektrik yang memperlahankan terjunannya sebelum jatuh.

Kanak-kanak lelaki itu mengalami kecederaan serius selepas mendarat ke tanah menggunakan ‘payung terjunnya’.

Doktor di sebuah hospital tempatan berkata bahawa kanak-kanak itu dalam keadaan stabil.

Beberapa gambar rakaman kamera litar tertutup menerusi laman Wiebo memaparkan kanak-kanak itu terbaring di atas tanah bersama payungnya yang berwarna merah.

Kedua-dua ibu bapanya percaya anak mereka menonton kartun secara sendirian.

Laporan itu bagaimanapun tidak mendedahkan tajuk kartun yang ditonton oleh kanak-kanak terbabit sebelum kejadian tersebut.

The post Budak Terjun Guna Payung Gara-gara Tiru Aksi Kartun appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.