Sensasi

Berang Isteri Tukar Nama Keluarga, Kereta Dicurah Simen

Mahu mengajar isterinya kerana tukar nama keluarga, seorang lelaki telah mencurahkan simen ke dalam kereta kesayangan wanita itu sebagai membalas dendam terhadap pasangannya.

Lelaki itu berang apabila nama keluarga mereka ditukar kepada Veniy, sempena nama rangkaian pasar raya di Rusia.

Pasar raya itu menjanjikan wang sebanyak 50,000 ruble (RM3,800) sebulan kepada sesiapa yang sanggup menukar nama keluarga mereka kepada Veniy.

Ini merupakan salah satu promosi yang dijalankan oleh pasar raya berkenaan. Ironinya, Veniy bermaksud setia. Lelaki itu mengakui rumah tangganya dengan wanita berkenaan sedang berantakan.

Perbuatannya yang membawa sebuah lori simen dan kemudian mencurahkan simen ke dalam kereta isterinya telah dirakamkan dan dimuat naik ke media sosial.

Selepas melihat keadaan kereta itu, ramai netizen yang ingin menyaksikan wajah isterinya apabila melihat kereta kesayangannya dipenuhi dengan simen.

The post Berang Isteri Tukar Nama Keluarga, Kereta Dicurah Simen appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.