Sensasi

Arab Saudi Bangunkan Bandar Hiburan Lebih Besar Dari Kuala Lumpur

Bandar hiburan itu adalah sebahagian daripada pelbagai projek prasarana lainnya dalam wawasan ekonomi jangka panjang tersebut dengan melibatkan pembinaan enam buah taman tema dan sebuah kawasan safari hidupan liar.

Sebuah firma dari Amerika Syarikat, Six Flags dilaporkan sudah berunding dengan kerajaan Arab Saudi sejak Jun tahun lalu untuk membina tiga taman tema yang setiap sebuah bernilai 1.8 bilion riyal (kira-kira RM2.2 bilion).

Ketika ini, taman tema terbesar di rantau Timur Tengah dipegang oleh Dubai Parks and Resorts di Emiriah Arab Bersatu yang dibuka tahun lalu memiliki lebih 100 permainan famili dalam kawasan seluas tiga kilometer persegi.

Pihak kerajaan tempatan berharap kewujudan kota hiburan mesra Syariah itu tidak hanya menarik pengunjung, malahan diharap dapat mendorong kehidupan sihat, aktiviti seimbang dan keceriaan bagi penduduk ibu kota.

Ini kerana buat masa ini, warga Riyadh tiada banyak kawasan hiburan keluarga kecuali Pusat Sejarah Raja Abdul Aziz yang mengandungi pelbagai muzium selain kompleks stadium Raja Fahd. – Agensi

The post Arab Saudi Bangunkan Bandar Hiburan Lebih Besar Dari Kuala Lumpur appeared first on The Coverage Edisi BM.



Sumber: TheCoverage


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.