Umum

Akibat H1N1, Jabatan Kesihatan Terengganu Telah Sahkan Bahawa Seorang Wanita Mengandung Telah… !!!

Akibat H1N1, Jabatan Kesihatan Terengganu Telah Sahkan Bahawa Seorang Wanita Mengandung Telah… !!!| KUALA TERENGGANU – Jabatan Kesihatan Terengganu (JKNT) mengesahkan seorang wanita meninggal dunia kerana Influenza A (H1N1) minggu lalu menjadikan ia kes kematian pertama di negeri ini disebabkan virus tersebut. Pengarah JKNT, Dr Mohammad Omar berkata, wanita sedang mengandung lima minggu itu meninggal dunia pada 13 April lalu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas dimasukkan ke sana sejak 7 April.

“Mangsa dilaporkan sudah demam seminggu, dia pergi ke hospital swasta sebelum dirujuk HSNZ dan terus dimasukkan ke ICU (Unit Rawatan Rapi) kerana keadaannya sudah teruk. “Kita berikan rawatan penuh kepadanya namun mangsa akhirnya meninggal dunia pada 13 April lalu,” katanya dalam satu sidang media bagi menjawab isu tersebut yang menjadi tular di media sosial di HSNZ, di sini.

Menurut Dr Mohammad, masyarakat tidak perlu panik dengan virus tersebut kerana H1N1 kini dikategorikan sebagai influenza bermusim atau selesema biasa dan tidak perlu lagi dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Beliau berkata, dianggarkan lapan hingga 10 kes disyaki H1N1 dilaporkan di HSNZ setiap bulan dengan beberapa kes positif namun kesemua pesakit pulih seperti biasa.

Bagaimanapun katanya, kanak-kanak, warga emas, wanita mengandung dan mereka yang ada penyakit kronik perlu berwaspada sekiranya dijangkiti H1N1 kerana virus tersebut boleh menjadikan komplikasi serius jika tidak mendapat rawatan segera. “Empat golongan ini kena hati-hati jika ada tanda-tanda H1N1, kena cepat-cepat dapatkan rawatan di hospital kerana berisiko tinggi. Kes kematian ini juga melibatkan individu berisiko disebabkan mangsa mengandung,” katanya.

Dr Mohammad turut menasihati orang ramai yang mendapat tanda-tanda H1N1 supaya tidak berkunjung ke tempat awam dan elakkan bergaul dengan orang ramai. “Jaga kesihatan, kebersihan diri, kebersihan persekitaran dan pakai topeng muka dan paling penting segera ke klinik, jangan tunggu lama-lama,” katanya.

Sumber: SinarHarian

The post Akibat H1N1, Jabatan Kesihatan Terengganu Telah Sahkan Bahawa Seorang Wanita Mengandung Telah… !!! appeared first on SIAKAP KELL.



Sumber: siakapkell


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.