Umum

VIRAL Tinggal Anak Kat Hospital..Inilah Punca Ibu Bapa Tinggalkan Anak Berusia 3 Tahun Dalam Hospital !!!

VIRAL Tinggal Anak Kat Hospital..Inilah Punca Ibu Bapa Tinggalkan Anak Berusia 3 Tahun Dalam Hospital !!! |Baru berusia tiga tahun, seorang kanak-kanak terpaksa mengharungi liku hidup seorang diri selepas ditinggalkan ibu bapanya di Hospital Umum Sarawak (HUS) disebabkan kesempitan kewangan untuk menampung kos rawatan kanak-kanak itu.

Kisah kanak-kanak dikenali dengan panggilan ā€˜Dani’ terbabit yang menghidapi jangkitan paru-paru kronik dan ditinggalkan ibu bapanya di wad kanak-kanak HUS di sini menarik perhatian selepas tular di laman sosial Facebook sejak kelmarin.

Ramai di kalangan pengguna Facebook menyuarakan keprihatinan terhadap nasib kanak-kanak tersebut yang kini diletakkan di bawah jagaan dan perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak.

Kisah kanak-kanak itu dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dipetik berkata, kanak-kanak itu memerlukan keluarga angkat yang mampu menjaganya selepas ditinggalkan oleh kedua-dua orang tuanya di situ.

ā€œApapun, mohon maaf sekiranya ada ahli keluarga atau sanak saudara Dani yang mungkin sudah baca ā€˜post’ ini, berharap keluarga Dani terbuka hati untuk mengambil balik Dani dan memberi kasih sayang yang sebenar.

ā€œKanak-kanak ini memerlukan kasih sayang ibu dan bapa, kita berdoa supaya adik Dani dipermudahkan urusannya,ā€ katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook semalam.

Sementara itu, Pengarah Hospital Umum Sarawak (HUS) Kuching Dr Chin Zin Hing mengesahkan bahawa kanak-kanak tersebut pesakit yang menerima rawatan di situ.

ā€œYa, kanak-kanak ini memang pesakit kita dan segala urusan berkaitan kanak-kanak ini diuruskan oleh JKM kerana dia di bawah jagaan dan perlindungan JKM,ā€ katanya ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat HUS di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau menasihat orang ramai yang ingin mengambil kanak-kanak tersebut sebagai anak angkat boleh menggunakan saluran yang betul menerusi JKM.

ā€œBagi saya perkara seperti ini perlu dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan seperti JKM daripada ia ditularkan,ā€ jelasnya.

Menurut Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah, kanak-kanak itu kini diletakkan di bawah jagaan dan perlindungan JKM Sarawak.

Beliau menjelaskan, pegawai perlindungan JKM akan mengambil peranan setelah kanak-kanak berkenaan disahkan sihat dan dibenar keluar oleh pihak HUS.

ā€œMalah, kita juga telah dimaklumkan bahawa keluarga kanak-kanak tersebut ada hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Kuching untuk berbincang mengenai perkara ini. Ibunya tidak lagi berupaya untuk menjaga kanak-kanak ini kerana masalah sosial dan ekonomi beliau sendiri.

ā€œPihak PKMB Kuching berusaha mencari orang yang layak sara (OYLS) yang bersedia menerima kanak-kanak ini. Jika tiada OYLS, pihak kita terpaksa menerima kanak-kanak ini ke institusi untuk penjagaan,ā€ katanya.

Justeru, Fatimah menasihat pasangan yang telah berkahwin yang tidak dikurniakan cahaya mata serta berkemampuan, menerima kekurangan kanak-kanak tersebut dan berhasrat mengambilnya, tampil segera ke PKMB Kuching.

ā€œJika pasangan ini layak kita akan atur majlis angkat sumpah di Pejabat Daerah Kuching bersama keluarga kandung kanak-kanak ini agar kanak-kanak ini mendapat jagaan yang sebaiknya,ā€ ujarnya.

Sumber : UtusanBorneo

P.S. 1 – Murid Kanan Bruce Lee Akhirnya Dedah Cerita Sebenar Dato’ Meor Tumpaskan Bruce Lee !!!
P.S. 2 – 3 Pulau Ini Muncul Semula Setelah Hilang 10 Tahun Semasa Tsunami 2004, Lihat Apa Yang Ditemui Di Pulau Itu Pasti MEMERANJATKAN !!!
P.S. 3 – Ini Tips Paling Mudah Check Harga Flight Murah, Confirm Senang Nak Rancang Holiday !!!
P.S. 4 – Selfie Ini Nampak Biasa Bila Sekali Pandang. Tunggu Sehingga Anda Lihat Kali Kedua !!!
P.S. 5 – Ayah Orang Kaya No.1 Malaysia, Tapi Pekerjaan Anaknya Bakal Buat Anda TERKEJUT !!!

The post VIRAL Tinggal Anak Kat Hospital..Inilah Punca Ibu Bapa Tinggalkan Anak Berusia 3 Tahun Dalam Hospital !!! appeared first on MALAYSIA KINII.



Sumber: malaysiakinii


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.