Sangkakan Member Buat “Projek” Dalam Bilik, Rupa-Rupanya….. !!!| Aku
rasa pengalaman aku patut dikongsikan dengan korang jugak. Aku menyewa
rumah bersama beberapa kawan se-universiti. Rumah tu ada 3 bilik. Kami
kongsi 6 orang. Aku dengan Ameng guna bilik tepi dapur. Din dengan Wan
pakai bilik tepi toilet. Wak dengan Izam pakai master bedroom.
Asalnya
Master bedroom tu share 3 orang, tapi lepas idi masuk kolej university,
mereka pakai 2 orang jer. Time idi keluar tu dah tengah semester.
Memang susahlah nak cari penyewa ganti. Dalam Rumah tu, Aku sorang jer
budak law. Ameng dengan Izam budak Accounting. Din, Wak dengan Wan pulak
budak seni. Sekali tu aku yang kena kacau. Memang kecut perut jugaklah.
Time
tu dah hujung semester. Final exam dah nak habis. Din, Wak dengan Wan
dah balik sebab paper dah habis. Aku ada 2 paper lagi. Ameng dengan Izam
ada 1 paper lagi. Hari khamis, Ameng dengan Izam last paper pagi tu.
Aku pulak paper petang pukul 2. Izam dah cakap bas dia petang maybe tak
sempat jumpa aku. Ameng pulak cakap nak stay 2, 3 hari lagi sebab malas
nak balik awal dan dah janji dengan awek dia. BTW, Ameng tu cina. Aku
lupa nak cakap. Kami serumah ni takde lah alim. Semua islam kecuali
Ameng tapi semua tak solat. Dan aku tahu Din, Wak, Izam semua budak
Weed. So yang alim sikit pon Wan. Dia solat jugak sikit-sikit.
Back
to the point, lepas exam aku balik rumah ada Ameng jer. Yang lain dah
balik. Sebab frust tak boleh jawab last paper, memang first thing aku
buat adalah tidur. Letih jer stay up malam study tapi last last tak
boleh jugak jawab. Duh. Bangun tu dalam pukul 8. Ameng tanya aku, “nak
keluar ke?”. Aku dan janji dengan budak kelas aku nak copy movie buat
bekal balik kampung. Takdelah aku hauk sendu jer dekat rumah nanti.
Ameng cakap dia tak keluar sebab awek dia nak datang rumah. Dia suruh
aku balik lambat sebab dia ada “projek” nak settle dengan awek dia.
Kurang asam punya jantan. Kerja menyundal aje. Patutla habis paper tak
nak balik rumah. Aku tanya dia nak suruh aku balik pukul berapa? Dia
cakap, “balik la lambat sikit. Dalam pukul 10 esok ke…”. Pu****k punya
kawan.
Malam
tu aku balik jugak rumah tapi lewat lah jugak. Dalam pukul 2 lebih
sebab classmate ajak lepak mamak. Kejadah dia aku tido luar si Ameng
menyedap dekat rumah. Aku masuk rumah, lampu semua terpasang. Sampai
depan bilik aku share dengan Ameng, aku try la bukak. Tapi pintu tu
berkunci. Bilik kami tu ada selak pintu. So memang tak boleh bukak pakai
kunci. Aku ketuk pintu tak bersahut. Last last aku call Ameng. Tak
sempat angkat call Ameng dah bukak pintu dengan senyum badak dia.
Tersengih jer. Dia tanya, “tido bilik aku ke?”. Punya lah sedap dia
cakap tu bilik dia. Aku pon tengok lah dalam bilik. Bau, Mak aih wangi.
Tido mandi perfume sebaldi ke ape. Aku pon sound la Ameng, “kau
agak-agak la nak projek, bukak la kipas sikit. Panas. Lemas aku bau
perfume kau”.
Time tu bunyi perempuan gelak. Mak ai memang aku terkejut beruk. Celaka si Ameng projek tak habis.
Time tu aku tak nampak perempuan tu. Sebab antara katil aku dengan Ameng ada 2 loker yang act as a wall between katil aku dengan katil Ameng. Tuan rumah cakap sebab nak bagi privasi tu yang dia susun perabut macam tu. Aku intai balik locker, nampak kaki jer dalam selimut. Ameng tu sengih jer sambil tolak aku keluar. Aku ambik tuala terus blah tido bilik Wak. Dalam bilik Wak ada bilik mandi. Aku mandi situ jer. Masa mandi aku rasa tak tenang. Sebab rasa macam ada orang bernafas dekat telinga aku. Terus aku tutup pili air.
Time
tu punya lah husnudzon aku fikir tu side effect sebab pernah pecah
gegendang telinga. Aku pinjam kain pelikat dengan T-Shirt Izam sebab
malu nak ketuk bilik Ameng. Time tido katil Wak tu aku start bau benda
hanyir. Bau dia macam isi perut ikan yang kau lupa nak buang 3-4 hari.
Makin lama makin busuk. Aku keluar ke dapur tengok kot-kot ada sampah
tak buang. Keluar bilik aku nampak budak kecik duduk mencangkung bawah
singki. Muka dia pucat duk selongkar bakul sampah. Bila aku pusing nak
lari. Dia pandang aku. Dia tengah gigit tulang ayam yang aku tak tahu
bila ada dalam bakul sampah tu. Time tu memang Ya Allah Aku takut. Aku
ambik lari ambik kunci kereta tepi TV, terus blah. Time tu drive dalam
keadaan panic. Aku tak tahun nak pergi mana.
Last
last aku berhenti dekat 7Eleven. Aku call Ameng nak suruh dia keluar
rumah. Aku call Ameng 2-3 kali baru dia angkat. Aku suruh dia keluar
rumah. Dia mamai tido duk tanya kenapa. Aku punya lah takut. Aku paksa
jugak dia keluar rumah. Dia cakap, buat apa dia nak keluar. Bukannya dia
ada kat rumah pon. Time tu aku ingat dia bergurau. Rupanya, memang dia
tak ada dekat rumah. Duduk rumah kawan stay sebab lawan Dota. Aku duduk
dekat 7E tu sampai ke cerah. Sampai Ameng datang jumpa aku dekat sana.
Aku tanya dia, “bukan ke kata nak projek dekat rumah?”. Dia cakap tayar
kereta awek dia pancit. Projek tunda malam lain. Siot punya kawan. Bila
aku bukak cerita, dia gelak jer. Macam aku tak tahu dia pun kecut.
Disebabkan
dia pon penakut dan aku pon yang dah nak terkencing dalam seluar, dia
call kawan-kawan dia ajak datang rumah. Kami berempat balik ke rumah
itu. Rumah tu aku tinggal dengan keadaan pintu terbuka semalam, tak
kunci. Bila masuk, rumah okay jer. Tapi yang peliknya, bilik aku jer
yang bau wangi. Bau dia sebijik macam perfume Ameng yang aku bau malam
tu. Aku dengan Ameng kemas barang tumpang tido rumah kawan. Sampai
sekarang aku tak tahu sapa lelaki dan perempuan dalam bilik Aku dengan
Ameng. Lepas 2-3 minggu ada dengar cerita yang ada jiran kami yang
berubat buang saka.
Aku
rasa mungkin yang kacau aku tu dia punya “kawan”. Kami tak pindah rumah
pon. Masih lagi duduk rumah tu. Cuma aku pindah duduk master bedroom.
Mintak Wak tido bilik aku dengan Wan. Lepas tu kami buat majlis baca
yaassin dengan solat hajat. Setakat ni takde gangguan lagi. Jiran aku
yang dikatakan buang saka tu pun dah meninggal. Moral dia, aku tahu yang
aku tak boleh pandang remeh pasal agama.-Fiksyen Shasha
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :