Umum

Inilah Tindakkan Bapa Mangsa Kepada Pemandu Gen 2. Ramai SETUJU !!!

Inilah Tindakkan Bapa Mangsa Kepada Pemandu Gen 2. Ramai SETUJU !!! | SUNGAI PETANI: Keluarga Allahyarham Mohamad Fandi Rosli akan menyaman pemandu Proton Gen-2 yang melawan arus hingga menyebabkan kemalangan maut di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, semalam.

Bapa mangsa, Rosli Lin, 57, berkata tindakan itu dipersetujui keluarganya selepas berasakan pemandu Proton Gen-2 itu, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun, perlu bertanggungjawab atas kematian anak sulungnya itu.

“Kami akui apa yang terjadi adalah suratan takdir, namun kematian anak saya perlu pembelaan dan individu yang bertanggungjawab itu perlu mendapat hukuman yang setimpal.

“Kemalangan yang berlaku bukan kemalangan biasa, tetapi ia disengajakan dan kami merasakan anak kami seperti dibunuh dengan sengaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Pinang di sini, sebentar tadi.

Rosli berkata, pihak berkuasa juga perlu mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu terbabit supaya ia menjadi pengajaran kepada pemandu lain.

Katanya, tindakan remaja terbabit yang memandu laju dan melawan arus bukan tindakan yang boleh dimaafkan hingga menyebabkan kematian satu-satunya anak lelakinya.

Semalam, Mohamad Fandi yang juga seorang juruteknik di sebuah kilang di Seberang Jaya, maut dalam kemalangan selepas kenderaannya dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu melawan arus.

Mangsa yang menaiki kereta Perodua Kelisa baru sahaja habis bekerja pada jam 7 pagi dan memandu menghala ke arah utara untuk pulang ke rumah keluarganya, di sini.

Sumber : BH

P.S. 1 – Awek Cun Mesej Minta Nak Pinjam Duit Di FB. Apa Yang Lelaki Ini Balas…. Memang TERKEDU Dan WIN !!!
P.S. 2 – Picit Jerawat Keluar Benda Putih. Korang Tahu Apa Benda Tu? Mesti Korang Takkan Picit Dah !!!
P.S. 3 – PERINGATAN Untuk Ibu Bapa. Bouncer, Rocker Dan Car Seat Boleh MEMBUNUH Si Penggunanya Tanpa Sedar !!!
P.S. 4 – Terlihat Seorang Pakcik Bersama Seorang Budak Hanya Menjamah Nasi Putih Kosong. Apa Yang Wanita Ini Lakukan Buat Pakcik Itu MENANGIS !!!
P.S. 5 – Pelajar Bukan Orang Gaji Minta Padamkan Papan Hitam !!!

The post Inilah Tindakkan Bapa Mangsa Kepada Pemandu Gen 2. Ramai SETUJU !!! appeared first on HARIAN METRONI.



Sumber: harianmetroni


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.