- Lelaki ceraikan isteri dengan talak tiga sebab lawan cakap ibunya.
- 5 tahun mengenali isteri tetapi tak pernah melihat dia seperti itu.
- Tiada penyesalan kerana si lelaki ingin bekas isteri bahagia dengan kehidupannya
- Akui kesilapan diri kerana banyak mengabaikan isteri.
Oleh Muhammad Ahmad
"Matt aku dah cerai isteri"
Dari nak minum kopi terus luakkan balik.
"Berapa?"
"3, Matt,"
"Kenapa??" Matt bulatkan mata.
"Malas nak cerita panjang-panjang Matt. Aku geram sangat sebab dia melawan cakap mak aku. Terus aku bagi 3. Sebelum kahwin semuanya elok, 5 tahun aku kenal dia tak macam ini. Tapikan Matt, banyak juga salah aku, tak pandai didik dia, banyak masa dengan kerja dan kawan-kawan.
"Sebenarnya sudah banyak kali dia minta cerai. Tapi kali ini aku bagi 3 terus. Aku tak menyesal sebab aku nak dia bahagia dengan kehidupan sekarang. Lagipun aku tak pernah naik tangan," katanya.
Baguslah jika begitu. Perkara yang berlaku sudah pun tertulis. TAKDIR namanya. TAKDIR akan datang kita belum pasti lagi. Yang pasti sekarang belajar muhasabah diri.
Cuma kita jangan salah faham, walaupun couple 5 tahun, 20 tahun, tidak sama kahwin 1 minit 1 hari 1 bulan 1tahun. Time couple, mak ayah kita yang tanggung semua. Paling koman pun kita kena usaha cari duit nak beli top up dan belanja awek makan. Pakai minum, rumah semua masih tanggungan mak ayah, celik mata makanan sudah terhidang di atas meja. Jadi bohonglah jika 5 tahun sudah cukup untuk kenal hati budi masing-masing.
Selagi belum tidur sebantal, berak sejamban jangan cakap sudah memahami hati budi masing-masing. Kau kira ok lagi bekas isteri isteri belum ada anak. Kalau ada anak, lagi besar tanggungjawab. Isteri mengandung satu hal, balik rumah masuk dapur satu makanan pun tak ada. Bau kau pun kadang-kadang dia tak suka, macam-macam ragam alahan.
Lagi teruk aku pernah jumpa 9 bulan tidak boleh masuk dapur, bau ikan terus muntah dan 9 bulan itu juga si suami yang kena masak. Agak-agak boleh tahan ke kalau begini?
Itu belum tempoh berpantang, macam-macam kau perlu ambil tahu. Kadang-kadang dimintanya basuhkan berak, pakaikan baju, suapkan makanan. Lagi parah ibu yang kena cesarean atau Third Degree, Fourth degree hingga ke lubang dubur lagi payah perit jerih untuk lalui semua itu dengan anak meragam, kena menyusu, kena bangun malam bagai.
Itu belum bab anak sakit. Tiba-tiba doktor sahkan anak jantung berlubang, 360 darjah hidup kau akan berubah. Namun itulah liku-liku kehidupan sebagai suami isteri untuk fasa pertama. Jauh langit dengan bumi jika mahu dibandingkan dengan zaman kau couple atau awal perkahwinan.
Begitu jugalah orang perempuan, perlu sedia lalui segala macam UJIAN dalam perkahwinan. Sedia 100% untuk berkhidmat dan mentaati suami.
Nak kahwin sebab untuk elak maksiat, mahu sehidup semati, saling cinta mencintai. Ini SCAM terbesar dalam dunia fantasi perkahwinan. Perkahwinan adalah sebuah kehidupan, sebuah 'masjid'. Suatu alam realiti dunia akhirat. Perkahwinan bukan untuk sedap, seronok, cinta semata, tetapi ia AMANAH dari الله (Allah). Suka atau tidak, wajib terima. AMANAH ini perlu dipersembahkan dihadapan الله kelak.
Perkahwinan kau wajib korbankan perkara lain demi keutuhan. Kawan, hobi, perasaan, amarah, ini semua tolak tepi. Sebab hari demi hari kau mula mengenali hati budi pasangan. Dia mula tunjuk 'WARNA' yang tidak pernah kau lihat sebelum ini. Itu pun bertahun-tahun untuk cuba memahami. Jika kau faham erti TANGGUNGJAWAB dan AMANAH kau akan dapat NIKMAT SEBENAR PERKAHWINAN.
Isteri bebel NIKMAT, anak sepahkan barang NIKMAT, penat bekerja NIKMAT, isteri lambat masak NIKMAT. Kau sempat senyum tanda faham, sinsing baju masuk dapur tolong isteri masak tolong isteri kemaskan rumah, pakaikan baju anak, tukar lampin anak. Paling mustahak kau dapat didik dia lakukan segalanya kerana الله. Insyaallah PERKAHWINAN akan bahagia.
Allahu.. panjang tazkirah 2 jam bebel jer. Nak tulis pun dah penat, nanti typo lagi banyak. Cuma nak kongsi kepada semua termasuk diri sendiri. Perkahwinan adalah PINJAMAN dari الله. Namun PINJAMAN ini tetap akan dipersoalkan di akhirat kelak bukan berlalu begitu sahaja. Tempatnya neraka atau syurga.
Maka tunaikanlah AMANAH dan PINJAMAN ini sebaik mungkin. TAWAKKAL, DOA dan USAHA. Selepas itu kami doa sama-sama. Bila doa kita berdepan dengan الله. Serahkan segalanya kepada الله. Cerita semuanya kepada الله.
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :