Bayi
yang hanya berumur 10-minggu Nevaeh Marie Landell meninggal dunia
selepas ibu bapanya berulang kali memberi susu badan bercampur dengan
air. Susu ibu yang dicampurkan dengan air telah mengakibatkan penurunan
dalam tahap elektrolit dan natrium Nevaeh dan menyebabkan otaknya
membengkak.
Menurut
pendakwa raya, Herbert George Landell dan Lauren Heather Fristed
didakwa enggan memberi rawatan perubatan apabila anak mereka jatuh
sakit, alasan yang diberikan adalah kerana kepercayaan agama mereka.
Apabila mereka akhirnya membawa bayi mereka ke hospital, ia sudah
terlambat.
Landell
telah didakwa dengan jenayah pembunuhan dan penyeksaan. Fristed didakwa
dengan jenyah penyeksaan yang teruk dan kekejaman terhadap anak-anak.
Laporan berita US menyatakan bahawa kedua-duanya berada dalam penjara
tanpa diikat jamin.
Ia
sentiasa tragis untuk mendengar cerita seperti ini, terutama apabila ia
agak jelas bahawa Nevaeh mungkin masih hidup jika ibu bapanya lebih
berpendidikan mengenai penjagaan dan pemakanan bayi mereka yang masih
kecil.
Apakah
peraturan mengenai pemberian air kepada bayi yang masih diberi susu ibu
di bawah umur enam bulan? Adakah bayi sekecil ini memerlukan susu badan
dan dan juga air kosong? Atau adakah susu ibu menyediakan penghidratan
yang mencukupi?
Adakah bayi yang diberi susu ibu memerlukan air?
Pakar-pakar
laktasi daripada organisasi seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
dan La Leche League International (LLLI) bersetuju bahawa bayi yang
disusui ibu secara eksklusif tidak memerlukan air tambahan. Ini kerana
susu ibu terdiri daripada 88% air – terutamanya “susu hadapan” yang
datang dengan setiap makanan – oleh itu ia memenuhi semua keperluan
penghidratan bayi anda.
Apa yang diperlukan untuk bayi yang baru lahir supaya sentiasa hidrat hanyalah kolostrum.
Mengapa anda tidak perlu memberi air kepada bayi yang menyusu susu ibu yang berumur di bawah enam bulan?
-Nasihat
pakar dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Academy of Breastfeeding
Medicine, American Academy of Pediatrics dan KellyMom.com menyerlahkan
fakta-fakta berikut mengenai risiko memberikan air kepada bayi yang
diberi susu ibu secara eksklusif di bawah usia enam bulan:
-Memberi
air boleh mengganggu frekuensi normal penyusuan susu ibu dan boleh
menyebabkan kekeliruan puting apabila air diberikan dari botol.
-Memberi
makanan tambahan seperti air atau air glukosa kepada bayi yang baru
lahir boleh meletakkan beliau pada risiko yang tinggi untuk peningkatan
bilirubin (yang boleh menyebabkan penyakit kuning). Bermakna bayi
terpaksa berada di hospital lebih lama.
-Ia
boleh menyebabkan keracunan air, tanda-tandanya adalah pening,
kekeliruan, mengantuk, bergerak-gerak dan sawan. Pakar perubatan
professional mengatakan bahawa minum terlalu banyak air terutama pada
kanak-kanak di bawah umur satu tahun boleh mencairkan tahap natrium
normal bayi dan boleh menyebabkan sawan, koma, kerosakan otak dan juga
kematian.
-Air
tidak mengandungi kalori, yang bermaksud memberikan air kepada bayi
anda membuatkan dia kenyang tanpa menambah kalori. Ini boleh menyebabkan
kenaikan atau penurunan berat badan.
Memberi air kepada bayi: Bilakah masa yang sesuai?
Walaupun
cuaca di luar sangat panas, bayi susuan ibu sepenuhnya masih tidak
memerlukan air tambahan. Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu
meningkatkan kekerapan menyusukannya untuk memastikan si manja anda
kekal terhidrat.
Jadi, bilakah masa yang sesuai untuk memberikan air kepada anak saya?
Apabila
bayi anda berumur enam bulan dan telah belajar untuk menggunakan cawan.
Pakar mengatakan ia adalah baik untuk memberinya bayi anda menghirup
air beberapa kali sehari, tetapi tidak lebih daripada dua auns setiap 24
jam. Juga, apabila si manja anda memulakan makanan pepejal, nasihat
profesional adalah anda boleh menawarkan kepadanya beberapa hirup susu
atau air dengan makanan pepejal beliau untuk mengelakkan sembelit.
Untuk
bayi yang lebih tua dan juga kanak-kanak, anda boleh terus menyusukan
dan memberikan air secara sederhana. Jika anda terus menyusukan bayi di
luar setahun, perlu diingatkan bahawa ia masih menyediakan banyak
penghidratan untuk anak anda kerana dia dibenarkan untuk menyusu tanpa
batas.
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :