Pihak Kementerian Kesihatan Melaysia melalui Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah mengeluarkan senarai 162 jenis produk kesihatan yang mengandungai bahan terlarang yang telah diterima melalui Pelaporan Kesan Sampingan Ubat.
Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menerima laporan kesan sampingan berkaitan produk-produk yang tersenarai di bawah dan hasil ujian yang telah dijalankan mendapati bahawa produk-produk ini telah dicampurpalsu dengan bahan terlarang atau racun berjadual.
"Pihak NPRA ingin menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan produk-produk tersebut."
"Sesiapa yang mempunyai stok produk- produk ini dinasihatkan untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta," kata mereka.
Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk ini adalah disarankan supaya segera mendapatkan nasihat serta rawatan (jika perlu) dari ahli profesional kesihatan. -Siakapkeli.my
Rujukan: NPRA, KKM
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :