CHENNAI, INDIA - Tiga hari menahan kegatalan dan kesakitan yang teruk di rongga hidung seorang wanita, rupa-rupanya dimasuki oleh seekor lipas, lapor Daily Mail.
Pembantu rumah di Injambakkam, Selvi, 42, berkata, dia terjaga dari tidurnya pada Selasa lalu kerana hidungnya terasa gatal sebelum mengalami sakit kepala. Pada awalnya, Selvi menyangka dia terkena selsema, namun terasa seperti ada sesuatu yang bergerak dalam rongga hidungnya lalu segera ke klinik. Malangnya, tiada klinik yang mampu membantu menyelesaikan masalahnya menyebabkan dia terpaksa pergi ke Hospital Kolej Perubatan Stanley di Chennai.
Hasil pemeriksaan mendapati, doktor menemui seekor lipas yang masih hidup dan berjalan-jalan di dalam hidungnya.
Ketua Jabatan ENT (Telinga, Hidung dan Tekak) Doktor M N Shankar terkejut dan ia merupakan kes pertama yang ditemuinya sepanjang tiga dekad menjadi doktor.
"Lipas itu berada di dalam tengkorak antara dua mata, dekat dengan otak. Lipas itu masih hidup dan enggan keluar dari rongga hidung pesakit. Apabila cuba ditarik keluar, mengguna penyepit, serangga itu menggunakan duri kakinya untuk berpaut pada tisu dalam rongga hidung.
"Bagaimanapun lipas itu berjaya dikeluarkan selepas 45 minit. Jika dibiarkan, saya percaya lipas itu akan mati tetapi ia akan menyebabkan jangkitan pada otak," katanya. - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :