Seorang gadis remaja telah mengambil keputusan nekad untuk delete semua gambar seksi selfie dirinya selepas terus dihantui oleh arwah rakan baiknya. Menurut cerita, gadis tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Nor Amelia, mengaku dirinya tepaksa memadam gambar-gambarnya dengan jumlah lebih 500 gambar bersama rakannya yang tidak menutup aurat di laman media sosial dalam waktu beberapa hari.
Tidak hanya di Facebook, Nor juga memadam gambar gambarnya yang tidak menutup aurat di instagram serta merta.
Nor
mengaku dia melakukan semua itu selepas sesuatu yang mengerikan
menimpanya,kisahnya bermula sebulan lalu 3 hari selepas rakannya
meninggal dunia dalam sebuah kemalangan jalan raya.
Semenjak
dari pada itu ia selalu bermimpi di datangi kawannya yang sudah
meninggal dunia itu dan menyuruhnya untuk memadam semua gambar mereka
yang tidak menutup aurat.
Tidak
hanya itu, Nor berkata bahwa dia beberapa kali melihat laptopnya hidup
seperti dipakai seseorang pada waktu larut malam dan mencium bau darah
di dalam biliknya.
“Pada
awalnya saya tidak percaya, tetapi selepas saya mengalami gangguan
pelik dan setiap kali saya tidur saya bermimpi sahabat saya seperti
meminta tolong, saya yakin mimpi itu ada kebenarannya.
“Dalam
mimpi itu, saya nampak dia diseksa, dicambuk oleh lembaga hitam besar
dan berkuku panjang, dan kulitnya di siat dengan besi panas.. “kata Nor
ketika menceritakan kisahnya.
“Pernah
sekali saya melihat dia dalam mimpi menangis tersendu sendu sambil
merintih.., “tolonglah padam gambar saya yang tak menutup aurat” saya
dah tak tahan..”ujar Nor lagi.
“Semenjak dari pada itu, saya mulai memadam gambar gambar kami di facebook yang tidak menutup aurat..” kata Nor.
Nor
turut mengakui bahawa dia dan kawan-kawan sebayanya memang sedikit
nakal, tapi tidaklah nakal sampai mengaibkan keluarga dan menggadaikan
maruah. Katanya, mereka hanya nakal sebagai remaja sahaja.
“Alhamdulillah
selepas saya padam semua gambar kami yang tidak menutup aurat,arwah
tidak lagi hadir dalam mimpi dan menganggu saya.
“Saya
tahu kisah ini agar sukar di terima dengan akal sihat, tapi itulah
hakikat yang berlaku pada saya. Alhamdulillah semenjak kejadian itu saya
mulai mengubah gaya hidup saya, meskipun masih belum sepenuhnya lagi
berubah tapi saya tetap berusaha ke arah itu”
Diharapkan semoga kisah gadis ini memberikan pengajaran yang berguna untuk kita semua.
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :