Video berdurasi hampir tiga minit itu menunjukkan mangsa dipukul bertubi-tubi oleh seorang lelaki berbaju hijau dan kepalanya disepak 12 kali sehingga terkulai layu.
Seorang lagi lelaki dipercayai rakan mangsa juga turut disepak. namun berjaya melarikan diri dari kawasan kejadian di Atheneum Peak, Bukit Antarabangsa.
Menurut laman Info Roadblock JPJ/Polis, kejadian tersebut berlaku pada 14 Januari lalu dan mangsa dibelasah oleh pengawal peribadi seorang lelaki berpangkat datuk kerana tergesel kereta milik orang kenamaan berkenaan.
Footage rakaman kejadian seorang pemandu lori dibelasah. Mengikut maklumat saksi kejadian,kes berlaku pada 14hb Januari 2017 di Atheneum Peak,Bukit Antarabangsa. Maklumat mengatakan driver lori tersebut dipukul oleh pengawal peribadi seorang berpangkat Datuk kerana tergesel kereta milik Datuk tersebut. #Inforoadblock
Posted by Info Roadblock Jpj/polis on Wednesday, 18 January 2017
Sementara itu di media sosial, netizen mendesak pihak polis menyiasat kejadian itu dan mengambil tindakan terhadap individu-individu yang terlibat.
Terdahulu seorang lelaki berpangkat 'Datuk' menyerang seorang pengawal keselamatan dengan alat pemotong besi di sebuah kondominium kerana berang tayar kenderaannya dikunci. - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :