LOMBOK, INDONESIA - Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam keadaan yang mengerikan oleh penduduk Kampung Batu Tapel Dusun Bati Rurung Desa Barejulat Kecamatan Jonggat Lombok Tengah, Sabtu lalu, lapor Kick News Today.
Menurut Inaq Munirim, 40, berkata, dia pada awalnya ternampak sebuah kotak yang tersangkut di sungai kecil berhampiran pada jam 6 petang, lalu memeriksa isi kandungan di dalamnya.
Lokasi penemuan mayat mangsa |
"Saya ternampak kotak itu lalu mengambilnya. Bila diperiksa, rupa-rupanya ada mayat seorang bayi lelaki dibalut dengan kain yang masih bertali pusat dan ada uri di dalamnya," katanya.
Terkejut dengan penemuan itu, Munirim kemudian memaklumkan kepada Amaq Janah, 60, dan kemudian membawa mayat mangsa ke rumah seorang lagi kenalan mereka, Serok, 45, sebelum dilaporkan kepada polis.
"Terdapat kesan luka di leher mangsa (7 cm) seperti disembelih dan bahagian perut kanannya juga dirobek (10 cm dan 7 cm) sehingga ternampak isi dalam perut," kata Janah.
Penduduk kampung kemudian cuba menjejak dari mana mayat mangsa dibuang dan menemui kesan darah di seketikar hulur sungai, dipercayai tempat bayi itu dibuang dan dihanyutkan sejauh 1 kilometer ke Kampung Batu Tapel.
Selain itu, satu sandal berwarna biru yang dipenuhi darah juga ditemui.
Kurang dari 24 jam kemudian, polis menahan seorang suspek wanita yang dipercayai ibu kepada bayi berkenaan, hasil dari maklumat orang awam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Lombok Tengah, AKP Arjuna berkata, pada awalnya suspek turut serta menyaksikan pertemuan mayat bayinya sendiri. Polis yang curiga melihat gerak gerinya yang kelihatan pucat seolah-olah baru melahirkan anak. Malah suspek sempat bertanya soalan bagaimana cara polis mengesan pelakunya.
Polis kemudian bertanya beberapa soalan terhadap wanita itu dan akhirnya dia terperangkap lalu dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.
AG ketika disoal siasat polis |
Dalam keterangannya, suspek mengaku melahir mangsa di dalam bilik mandi. Namun dalam keadaan panik dan enggan menanggung malu, suspek telah mengambil sabit dan mengerat mangsa sehingga maut dan dimasukkan dalam guni sebelum membuangnya ke dalam sungai.
Suspek yang belum berkahwin itu juga turut mendedahkan identiti teman lelakinya selain turut mengakui dia terpaksa berbuat demikian kerana lelaki itu enggan bertanggungjawab selepas membuatnya hamil.
Ketika memberikan keterangan, suspek sempat pengsan seketika di Unit Perlindungan perempuan dan Anak yang kemudian diberikan rawatan untuk memulihkan keadaannya.
Polis kini sedang giat mengesan teman lelaki suspek untuk membantu siasatan. - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :