Sensasi

Jangan bagi isteri (baru lepas bersalin) stress walaupun sedikit

Gambar hiasan | Google Images

Kenapa ada ibu sanggup tikam anak sendiri?

Hari ini mood saya agak suram. Mana tak suram bila terbaca berita tergempar di mana seorang ibu sanggup menikam anaknya sendiri bertubi-tubi sebanyak 20 tikaman! Dan salah satu tikaman itu menyebabkan usus anaknya terburai keluar. 

Saya sedih tapi saya tak pelik. Dalam dunia perubatan, perkara ini sebenarnya memang uwjud. Penyakit ini dinamakan Pospartum Psychosis. Orang Melayu kita biasa panggil, 'meroyan'. 

Dalam dunia perubatan ada tiga peringkat penyakit yang kita biasa sebut meroyan ini. 

1. BABY BLUES

Baby blues ini kiranya level meroyan paling rendah. Biasanya berlaku dua tiga hari selepas bersalin dan boleh berlanjutan sehingga dua minggu lamanya. Perkara ini agak biasalah bagi ibu yang baru bersalin buat kali pertama. Yelah, malam yang dulunya sunyi, kini dihiasi dengan tangisan bayi kecil yang nyaring dan kuat sampai ke pagi. Dengan jadual waktu tidur si ibu yang entah ke mana dan ditambah lagi dengan suami yang tak reti nak membantu, memanglah si ibu mudah menjadi stress. Suami yang nampak tahi hijau baby pun dah muntah hijay, memang membuatkan si ibu bertambah stress. 

Tanda-tanda si ibu dah kena baby blues ini adalah:
  1. Mood swing
  2. Mudah cemas
  3. Selalu menangis
  4. Kurang selera makan
  5. Susah tidur

2. POSPARTUM DEPRESSION

Ini level meroyan pertengahan. Penyakit ini seperti baby blues juga tetapi simptomnya lebih teruk dan lebih lama. Biasanya boleh berlaku sehingga enam bulan selepas bersalin. Ibu yang kena Pospartum Depression ini biasanya nak jaga baby dia sendiri pun dah tak berapa nak mampu. 

Antara tanda-tandanya:
  1. Mood swing yang teruk dan menangis yang melampau-lampau
  2. Susah nak bonding dengan baby. Kadang-kadang ada rasa benci pada baby sendiri
  3. Rasa tiada tenaga dan tak boleh tidur
  4. Rasa nak hempas baby ataupun cederakan baby
  5. Rasa diri tak berguna

3. POSPARTUM PSYCHOSIS

Ini level meroyan yang paling dahsyat. Biasanya yang terkena penyakit ini akan berhalusinasi. Kalau si isteri yang dalam pantang dah mula merepek cakap yang bukan-bukan atau dia cakap dia nampak benda yang bukan-bukan, sila berhati-hati. 

Seperti kes Pretty yang sanggup membunuh anaknya sendiri. Bila disoal siasat, dia boleh pula cakap dia cuma mahu membunuh perompak sahaja. Memang si ibu terkena penyakit Pospartum Psychosis ini tidak boleh menjaga anaknya sendiri sebab masa itu fikirannya sudah tidak rasional. Sebab itu suami yang ada isteri baru lepas bersalin, sila jaga fizikal dan mental isteri baik-baik. Jangan bagi isteri stress walaupun sedikit. 



Jangan bagi isteri fikir kain di jemuran dah angkat ke belum. Jangan bagi isteri fikir pinggan di dapur dah cuci ke belum. Biarlah isteri kita fokus pada baby yang baru lahir saja. Biarlah dia menyusu dengan penuh tenang dan tenteram. Isteri kita baru saja mengalami kesakitan fizikal yang sangat dahsyat semasa melahirkan zuriat kita. Janganlah kita menambahkan lagi kesakitan pada jiwanya pula. Lebih-lebih lagi ketika isteri dalam tempoh berpantang. 

Jom bantu isteri kita! 

Saya Taufiq Razif, buka ndoktor sakit jiwa tetapi saya rasa ilmu ini semua suami di dunia wajib tahu! Bahaya sangat bila suami tiada ilmu nak mengenalpasti tahap stress si isteri yang baru lepas bersalin. Semoga bermanfaat. 


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.