Sensasi

Hampir setahun tak bayar sewa, tergamak betul penyewa

  • Penyewa perempuan tetapi pengotor jangan cakap, memang teruk
  • Sewa RM300 sebulan, tapi dah hampir setahun tak bayar
  • Pentingnya surat hitam putih sebelum serah rumah sewa kepada penyewa


Oleh pengadu, Nor Atikah Syafiq

Apa perasaan anda kalau rumah yang anda beli dengan hasil titik peluh sendiri diperlakukan seperti ini oleh penyewa? 

Sebelum ini saya hanya tengok kejadian seperti ini dalam Facebook di mana penyewa-penyewa buat taik. Tapi sekarang kejadian ini berlaku pada keluarga saya sendiri. 

Ini rumah arwah abang yang beli di Bandar Puteri Jaya. Tetapi dia menetap di Kuala Lumpur. Disebabkan tidak dapat nak balik kerja di tempat sendiri, rumah yang dia beli itu disewakan. 

Tengoklah keadaan rumah itu sekarang, saya tengok pun rasa nak teriak saja. Tergamak betul penyewa buat seperti ini. Sudahlah orang bagi sewa, buatlah cara sewa. Ini boleh pula buat macam rumah sendiri. Serupa tongkang pecah dah. 

Sejak abang dah tiada sudah hampir setahun, penyewa itu langsung tak bayar sewa. Tergamak dia buat begitu. Patutlah selama ini asyik tengok kakak ipar kejap-kejap balik ke kedah, rupanya rumah sewa dah jadi begini. Dia pun buntu, dia terlalu berlembut dengan orang sampai orang berani pijak dia. 






Gambar itu pun mereka rakam semasa sepupu kakak ipar rempuh masuk. Rumah ini dihuni oleh penyewa perempuan tetapi pengotor orangnya sampai tergamak buat rumah jadi begini. 

Maaflah saya terlalu emosi pula. Kakak saya baru ugut penyewa itu dan kami akan buat laporan polis. Mungkin silap kakak ipar saya juga sebab semasa disewakan, tak sediakan surat hitam putih.


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.