SYDNEY – AUSTRALIA. Tiada siapa yang dapat menyangka masih ada yang mempunyai tanggapan negatif terhadap Islam malahan sanggup pula berlaku ganas hanya kerana melihat seorang wanita berhijab dan berniqab. Pasangan suami isteri terpaksa menghadapi peristiwa yang menggentarkan kerana isu Islamophobia di Universiti Macquarie.
Ramzy
Alamudi menulis di Laman Facebooknya dan memuat naik video mengenai
insiden itu dan berasa kesal kerana wanita yang menyerangnya dan
isterinya hanya kerana sebuah niqab (penutup muka).
Ramzy
Alamudi menulis di Laman Facebooknya dan memuat naik video mengenai
insiden itu dan berasa kesal kerana wanita yang menyerangnya dan
isterinya hanya kerana sebuah niqab (penutup muka).
“Saya
dan isteri saya sedang berbual ke kereta kami apatah lagi dia baru
sahaja tamat peperiksaan akhirnya, seorang wanita memerhatikan kami
dengan pandangan tajam dari jauh.
“Usai
memasuki kereta, isterinya melambai ke arah wanita tersebut dan tanpa
disangka wanita tersebut memberikan isyarat lucah dan mula menjerit
meminta membukanya (niqab isteri ),” tulisnya.
Tambahnya
lagi, beliau dan isteri cuba untuk tidak mempedulikan wanita tersebut
dan menyelesaikannya dengan cara baik namun dia kemudiannya bertindak
ganas dan cuba merosakkan kenderaan mereka.
“Pada mulanya saya cuba untuk buat tidak peduli kerana risau jika dia akan mencederakan Muslim yang lain di universiti.
“Namun
begitu, dia kemudian cuba mematahkan ‘wiper’ kereta saya dan ketika
itulah saya bertindak dan isteri saya menelefon sekuriti,” tulisnya
lagi.
Bagaimanapun,
pasangan tersebut merasa terkilan kerana isu Islamophobia yang
berleluasa di kini menyebabkan ramai Muslim yang menjadi mangsa.
“Malang
sekali untuk insiden Islamophobia sebegini tidak hanya diasingkan
kepada satu individu sahaja sebaliknya ia bersifat menyeluruh dalam
masyarakat kita ditambah lagi dengan propaganda sesetengah media dan
juga ahli politik.
“Selain
itu, tujuan saya memuat naik video insiden ini adalah untuk
meningkatkan kesedaran ramai dan bukanlah untuk memburukkan keadaan,”
tulisnya.
Perkara
itu kini sedang disiasat oleh polis NSW dan pasangan tersebut masih
lagi dalam keadaan terkejut dan meminta agar privasi mereka dihormati.
SinarHarian
Video:-
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :