TAIPING, PERAK - Seorang wanita maut, manakala suaminya cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya di Kilometer 200.9 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara berdekatan Gunung Semanggol, semalam, lapor Bernama.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting, Taufiq Abdul Satar berkata, Nur Fazlina Fazil, 25, meninggal dunia pada jam 10 malam tadi di Hospital Taiping. Suaminya, Muhammad Hisyamuddin Yunus, 25, hanya mengalami kecederaan ringan.
"Difahamkan pasangan itu berasal dari Ipoh dan baru saja berkahwin Sabtu lalu, sedang dalam perjalanan pulang ke Kulim kedah," katanya.
Taufiq berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.04 petang dan sepasukan anggota balai berkenaan telah bergegas ke tempat kejadian.
Nina, baru semalam kau nikah & kahwin, hari ini kau dah kemalangan bersama laki kau keep fighting Nina walaupun kau...
Posted by Hafizie Lang Yusuf on Monday, 16 January 2017
"Ketika tiba di tempat kejadian, penumpang wanita didapati tercampak keluar dari kenderaan yang terhumban di tepi longkang, manakala pemandunya cedera ringan.
"Anggota bomba bertindak memberi rawatan kecemasan kepada mangsa yang cedera parah dan membawa mangsa dengan jentera bomba ke Hospital Taiping," katanya.
Bomba juga turut menemui wang tunai RM8,000 milik mangsa di dalam kereta dan menyerahkan kepada polis.
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :