RootOfSience

ADA KAITAN TAK ANTARA ISTERI KEGUGURAN DAN SUAMI HISAP ROKOK?

“Doktor, kenapa isteri saya selalu keguguran? Ini dah kali ketiga dia gugur. Dia tak subur ke?”

Isterinya memincingkan mata tanpa berkata apa-apa

Aku melihat semua keputusan darah isteri dia yang semuanya kelihatan normal. Scan pun menunjukkan keadaan uterus yang normal.

Sepatutnya tiada masalah bagi dia meneruskan kandungannya.

Pandangan aku terhenti bila melihat kuku suaminya yg kelihatan kekuningan.

“Encik merokok ke?” tanya aku

Lelaki tersebut tersentak sedikit ketika aku menyoal perkara tersebut.

“Ya, saya merokok doktor”, lelaki itu mengaku.

Maka aku pun berceramah panjang tentang keburukan merokok sehingga telinganya kemerahan. Aku menambah lagi point dalam ceramah aku, salah satu keburukan merokok adalah ia menjadi penyebab kepada keguguran.

Dengar je penyebab keguguran, isterinya memincingkan matanya lagi tanpa berkata apa-apa. Seolah-olah seperti Singa betina yang dalam kelaparan.

Saya menasihati lelaki tersebut untuk berhenti merokok kerana ia boleh menjadi salah satu penyebab kenapa isterinya selalu keguguran

Setelah 10 bulan, saya berjumpa balik pasangan tersebut dgn anaknya yg baru lahir. Dalam hati aku, mesti suaminya telah berhenti merokok.

“Terima kasih doktor, sejurus selepas saya berhenti merokok isteri saya mengandung hingga 9 bulan. Tak gugur. Anak ni pun sihat alhamdulilah”, lelaki tersebut bercerita dengan perasaan gembira

Ini merupakan salah satu cerita dimana orang lain merokok tetapi orang yang disekeliling mendapat komplikasi daripada perbuatan mereka.

Saya pernah melihat isteri yang mendapat kanser paru-paru disebabkan suaminya perokok. Kanak yang mendapat asma disebabkan bapanya yang merokok dan banyak lagi.

Nasihat kami, berhentilah daripada meracuni diri sendiri dan juga orang lain.

BAHAN KIMIA DARIPADA ASAP ROKOK BOLEH MASUK KE DALAM AIR KETUBAN IBU YANG SEDANG HAMIL

Menurut Pertubuhan Kanser Amerika, sebatang rokok mengandungi lebih daripada 7000 jenis bahan kimia dan 70 daripadanya menyebabkan kanser.

Salah satu bahan utama di dalam rokok yang menyebabkan ketagihan adalah Nikotin dan satu kajian yang dibuat oleh Luck et al(1985) menunjukkan bahawa nikotin boleh merentasi saluran darah dan masuk ke dalam air ketuban bayi[1]. Nikotin yang masuk ke dalam air ketuban ini mampu memasuki sistem peredaran darah bayi dan mengganggu tumbesaran bayi yang masih di dalam kandungan.

Perlu diingatkan bahawa pertumbuhan bayi pada trimester yang pertama(3 bulan yang pertama) merupakan waktu yang kritikal. Walaupun dengan gangguan yang sedikit, ia boleh menyebabkan sel bayi menjadi rosak dan berakhir dengan keguguran.

Bukan itu sahaja, pada tahun 2014, satu kajian terbaru(Julia et al) telah menunjukkan bahan kimia yang lain seperti cotinine and polycyclic aromatic hydrocarbons daripada rokok juha boleh masuk ke dalam air ketuban dan mengganggu pertubuhan bayi tersebut.[2]

Banyak lagi kajian lain yang menunjukkan mereka yang menghisap rokok dan terdedah kepada asap rokok ketika sedang mengandung boleh menyebabkan anak mendapat sumbing, keguguran dan beberapa lagi kecacatan yang lain
Dalam kajian berkenaan, ia menggabungkan beberapa ratus journal lain menggunakan kaedah ‘systemic review’ dan juga ‘meta analysis’ untuk melihat kaitan di antara merokok dan juga risiko keguguran. Systemic review dan meta analysis merupakan salah satu bukti tahap tertinggi dalam perubatan. Kesimpulan dalam kajian tersebut mengatakan bahawa wujudnya kaitan diantara menghisap rokok dengan risiko keguguran bayi ketika mengandung[3]

Disini kami ingin simpulkan bahawa dengan merokok anda bukan sahaja merosakkan diri anda sendiri. Tetapi anda juga merosakkan orang-orang disekeliling anda. Bukan setakat itu, anda juga menzalimi bayi di dalam kandungan yang tidak berdosa.

Jika anda berminat untuk berhenti merokok, anda boleh hubungi nombor dibawah ini

Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat, sila like page kami Root Of Science

Rujukan:

1) Luck W, Nau H, Hansen R, Steldinger R. Extent of nicotine and cotinine transfer to the human fetus, placenta and amniotic fluid of smoking mothers.Dev Pharmacol Ther. 1985;8(6):384-95.
http://ift.tt/2jFrRH9

2) Julia BM ,JosƩ MC,Aline RZ, Ana Paula SG, FlƔvia VT. Cotinine and Polycyclic Aromatic Hydrocarbons Levels in the Amniotic Fluid and Fetal Cord at Birth and in the Urine from Pregnant Smokers. Published: December 30, 2014. http://ift.tt/2iQDreE

http://ift.tt/2jFnDj5

3) Luck W, Nau H, Hansen R, Steldinger R. Extent of nicotine and cotinine transfer to the human fetus, placenta and amniotic fluid of smoking mothers. Dev Pharmacol Ther. 1985;8(6):384-95.
http://ift.tt/2jFrRH9


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.